SAHAM AKHIRAT vs SAHAM DUNIA.

Ishh…..susahnya umat Islam ni nak bersedekah…..Payah sangat tangan tersebut nak diselukkan ke saku bagi mengambil beberapa keping wang kertas untuk diberikan kepada si peminta sedekah atau derma.Kalau ada pun yang menyeluk , pasti warna duit kertas tersebut akan dipilih-pilih supaya ‘bersesuaian’ dengan si peminta….Tapi yang pastinya warna ‘Biru’ lah yang akan menjadi pilihan utama si ‘Penderma’…..

Ah…alangkah ruginya manusia yang berkira-kira untuk menderma / bersedekah… Bukankah dengan bersedekah atau menderma akan menambahkan ‘saham’ pelaburan kita di akhirat.Lebih-lebih lagi jika yang datang meminta derma tersebut adalah wakil daripada sesebuah masjid yang ingin dibina , atau wakil sesebuah rumah anak-anak yatim dan miskin atau mana-mana pertubuhan kebajikan dan Islam yang memerlukan sumbangan atau dana bagi menggerakkannya serta menampung kos-kos pengoperasian yang semakin hari semakin menyesakkan.

Ramai antara kita semua (termasuk juga penulis) yang selalu berkira-kira tentang pelaburan yang dibuat dimuka bumi.ASB lah , ASN lah , AS1Malaysia lah , Unit Amanah lah , Akaun pelaburan Emas lah , (sekadar menyebut beberapa nama) dan sebagainya….  Kita juga selalu meletakkan ‘target’ dan matlamat kewangan samada jangka pendek mahu pun jangka panjang.Sebagai contoh , ada antaranya meletakkan tempoh masa tertentu untuk mengumpul wang bagi membeli sesuatu barangan. “Aku kena kumpul sebulan RM 200 ni.Setahun kumpul,dapatlah aku beli Iphone 3G”…….kata seseorang yang telah meletakkan ‘azam dan tekad’ untuk membeli Iphone 3G…Ada juga yang akan mengatakan , “Hantaran RM 10,000.Jadi aku kena kumpul sebulan RM 1,000.Cukup setahun boleh kahwin”…. Tak kurang juga yang mencongak-congak , bila masanya dapat beli rumah , beli kereta baru , ubah suai rumah , dan juga yang setiap malam akan membuka internet , bagi melihat keuntungan saham yang telah dibeli untuk dilaburkan…Natijahnya , akan adalah beberapa jenis dan keadaan manusia berdasarkan kepada tercapai atau tidaknya impian yang telah di ‘matlamat’kan… Ada yang gembira melonjak-lonjak , bila Iphone 3G nya telah ada di tangan hasil daripada pengumpulan duit selama setahun , begitu juga yang dapat beli rumah baru , kereta , komputer , dan sebagainya..sampai ada yang sanggup tidur dalam kereta yang baru dibelinya.Ada juga yang sedih , kecewa , frust hingga tertonggeng-tonggeng dan melalak , menyalak macam orang gila atau lebih tepat lagi seperti orang yang dirasuk Iblis dan  syaitan bila impiannya tidak tercapai atau bila saham pelaburannya jatuh merudum yang menyebabkannya rugi berjuta-juta ringgit.

Kita akan melakonkan reaksi wajah yang menjengkelkan apabila datang kepada kita si peminta sedekah atau wakil bagi memungut derma.Tak kurang juga yang akan berbuat seolah—olah tidak nampak adanya sesusok tubuh yang dalam keadaan compang-camping , koyak sana sini , kusut masai tercongok kaku disebelah kita.Malah ada juga yang pura-pura ‘berlakon’ sibuk, dengan menjawab panggilan telefon lah , angkat barang itu dan ini lah , dan sebagainya…..

Bukankah antara kewajipan seorang muslim kepada muslim yang lainnya ialah meringankan kepayahan dan kesusahannya di muka bumi ini.Mari kita lihat apa yang Nabi saw beritahu kepada kita berkenaan dengan perkara ini :

أَطْعِمُوا الْجَائِعَ وَعُودُوا الْمَرِيضَ وَفُكُّوا الْعَانِيَ

“ Berilah makan kepada orang lapar , ziarahilah orang yang sakit dan bebaskanlah orang yang ditawan” ( HR Imam Bukhari : 4954 )

Cuba check balik…..dah berapa ramai orang yang kesusahan yang telah kita beri ia makan??… dah berapa orang yang kita tolong ringankan beban kesengsaraan mereka??…..dan , berapa pula jumlah orang sakit yang telah kita lawati sambil mendoakan kesihatan dan kesembuhan mereka??….Berapa ramai pula wakil pemungut derma surau . masjid , rumah anak-yatim dan miskin , pertubuhan-pertubuhan kebajikan dan sebagainya yang telah kita bantu dengan duit-duit dan harta kita semua??….Pendek katanya , berapa kali si Pemungut Derma yang datang kepada kita , tidak pulang dengan tangan kosong dan tidak kecewa….

Ada ke tak ada??…..kalau ada , al-hamdulillah..diharap teruskan menambah pelaburan tersebut… kalau tak ada pula macamana??…Alangkah malang dan ruginya kita di akhirat nanti….Sungguh bakhil dan kedekut betul manusia tersebut….Bimbang agaknya duit yang dicari pagi petang siang malam tu nanti habis kalau di sedekahkan…

Bukankah sedekah jariyah itu merupakan antara pelaburan akhirat yang dijanjikan dividend an keuntungannya berlipat ganda pada setiap masa sebagaimana sabda Rasulullah saw :

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Bila matinya manusia itu akan terputuslah semua amalannya (dengan alam dunia) kecuali 3 perkara , Sedekah Jariyah , Ilmu yang bermanfaat dengannya , dan anak soleh yang mendoakannya.”

(HR Muslim : 3084)

Sedar tak kita , pelaburan yang kita buat untuk akhirat itu yang disebut sebagai “Sodaqotun Jariyatun” itu bukan hanya dapat membantu menambahkan pahala kita sedikit demi sedikit , malahan ia juga akan menjadi penyelemat kepada kita di Padang Mahsyar nanti , ketika di hadapan Tuhan Rabbul Jalil.

Alangkah banyaknya kesusahan pada hari kiamat.Alangkah dahsyat dan menakutkan peristiwa yang akan berlaku pada hari tersebut.Iaitu hari seseorang muslim amat perlukan kepada amal solih yang boleh menyelematkannya daripada sebahagian kesusahan tersebut , serta membuka dan menerangi jalan ke syurga.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Allah swt akan mengumpulkan semua manusia yang terdahulu dan yang terkemudian di satu tempat.Mereka boleh mendengar panggilan yang memanggil , boleh dilihat oleh pandangan mata dan matahari menghampiri mereka sehingga mereka mengalami kesusahan dan penderitaan yang mereka tidak sanggup menahan dan menanggungnya.Lalu mereka berkata antara satu sama lain ; “Tidakkkah kamu melihat penderitaan yang kamu hadapi? Tidakkah kamu mempunyai sebarang idea tentang seseorang yang boleh memberikan syafaat  kepada kamu disisi Tuhan kamu?”

(Hadis ini dikeluarkan maknanya oleh Bukhari dan Muslim dalam Sahihnya daripada Abu Hurairah r.a)

A’isyah r.anha pernah berkata bahawa dia telah mendengar Rasulullah saw bersabda yang berbunyi :

يُحْشَرُ النَّاسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حُفَاةً عُرَاةً غُرْلًا قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ النِّسَاءُ وَالرِّجَالُ جَمِيعًا يَنْظُرُ بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ قَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا عَائِشَةُ الْأَمْرُ أَشَدُّ مِنْ أَنْ يَنْظُرَ بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ

“Pada hari kiamat manusia akan dibangkitkan tanpa alas kaki , bertelanjang bulat dan dalam keadaan masih belum berkhatan.Aku bertanya : Wahai Rasulullah , Wanita dan lelaki (dihimpunkan) sekaligus , saling pandang memandang antara satu sama lain? Rasulullah saw berkata : Wahai A’isyah , keadaan (ketika itu) adalah lebih dahsyat (teruk) daripada masing-masing saling pandang-memandang.”

(HR Imam Muslim : 5102)

Di tengah-tengah kegerunan inilah , orang mukmin akan merasai keadilan Tuhannya.Allah akan memberikan balasan kepada mereka disebabkan perbuatannya semasa di dunia iaitu dia telah berusaha meringankan kesusahan orang muslim lainnya , maka pada hari akhirat di padang mahsyar ketika dalam penderitaan matahari sejengkal dan keringat hingga ke separuh telinga (sebagaimana makud hadis Nabi oleh Bukhari Muslim) itu , Allah swt akan mengurangi dan meringankan kesusahan dan kedukaan daripadanya berlipat kali ganda.

Oleh yang demikian , penulis menyeru kepada semua pembaca blog ini khususnya dan kepada seluruh muslimin dan muslimat yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya , yang mempercayai adanya kehidupan lain yang kekal abadi selepas daripada kehidupan dunia ini , agar sama-samalah kita berusaha untuk membuka “akaun Pelaburan Akhirat” yang pastinya tidak akan rugi malah sentiasa mendapat keuntungan yang besar setiap masa , waktu dan ketika.Bagi mereka yang telah pun mempunyai akaun tersebut pula yang mungkin telah lapuk dan usang dek kerana tidak pernah bertambah pelaburannya , usahakan lah untuk menambah pelaburan tersebut sebelum kaunter pelaburan tersebut ditutup rapat (mati).

WA

2 thoughts on “SAHAM AKHIRAT vs SAHAM DUNIA.

Add yours

  1. Assalamualaikum,

    Memanglah bersedekah tu suatu amalan baik yang akan membantu kita. Banyak hadis yang menjelaskan kelebihan-kelebihan bersedeqah, malahan kalau bersedeqah dalam bulan Ramadhan ni. Membuat amalan sunat pahalanya seperti melakukan ibadah yang wajib.

    Tetapi masalahnya, kadang-kadang ada dikalangan yang datang meminta sedeqah tu seorang penagih dadah. Pernah terjadi kepada saya, datang seorang lelaki meminta sedeqah. Berlakon muka kesian. Kebetulan saya dengan kawan masa tu dan kawan saya memang kenal dengan lelaki tu. Elok saya nak bersedeqah, kawan saya menarik tangan saya. Dia mengatakan bahawa lelaki tadi tu seorang penagih Duit yang kita bagi sedeqah dia beli dadah.

    Apa pandangan ustaz terhadap masalah di atas?

    1. Bagi ana senang je…..jika kita kenal dan tahu bahawa si peminta sedekah tersebut adalah penagih dadah , atau orang kaya , dan sebagainya , maka jalan terbaik ialah ianya tidak diberikan sedekah.

      Apa yang ana tegaskan disini ialah tentang orang-orang miskin yang sememangnya layak diberikan sedekah tetapi tidak diberikan atas sangkaan yang bukan-bukan….atau dalam erti kata lain keputusan tidak mahu memberikan sedekah atas sebab suuk zhan tanpa mengetahui keadaan yang sebenarnya.

      WA

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑