ALAHAI…USTAZAH !

Baru-baru ini , penulis diamanahkan oleh pihak sekolah untuk menjadi Imam solat tarawikh dan seterusnya menyampaikan sedikit tazkirah kepada pelajar-pelajar.Al-hamdulillah penulis dapat menyelesaikan amanah tersebut dengan baik atas keizinan dari-Nya , Allah Rabbul jalil..

Apa yang ingin penulis kongsikan dengan para pembaca sekalian ialah , apabila guru-guru mengetahui bahawa Imam tarawikh pada malam tersebut adalah penulis , maka berbagai-bagai amanat dan permintaan dilontarkan oleh guru-guru kepada penulis antaranya :

1)  Ustaz , nanti jangan baca surah panjang-panjang ye …….

2)  Ustaz , nanti solat tarawikh laju-laju tau…….

3)  Ustaz , nanti kalau baca ayat-ayat al-Quran tu , jangan lupa lirik ye…..kami tak tahu nak sambung….

Terkedu sekejap penulis bila mendengarkan kata-kata dan permintaan tersebut…..Ianya lahir dari guru-guru yang kebanyakkannya muda-muda belaka yang masih kuat anggota tubuh badanya dan masih mampu untuk berdiri lama-lama mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran dalam solat mengadap Allah , Tuhan Semesta Alam…

Apa yang lebih mengecewakan penulis ialah apabila adanya lontaran idea dari seorang yang bergelar ‘Ustazah’ yang menyuruh penulis mengimamkan solat tarawikh seperti membawa kapal terbang ‘concord’ yang mana antara tujuannya ialah agar solat tarawikh tersebut cepat siap….dan guru-guru boleh balik ke destinasi masing-masing……Apakah kita bersolat tarawikh hanya sekadar mencukupkan syarat yang terdapat dalam bulan Ramadhan??….. Apakah nilainya solat yang kita kerjakan dalam suasana yang tidak rehat , laju sehingga kemungkinan besar akan menyebab kita melaksanakan setiap perbuatan solat itu tanpa adanya thomakninah….

Ada pula antara ‘ustazah-ustazah’ tersebut yang berhujah bahawa tidak boleh menunaikan solat witir selepas tarawikh jika ingin mengerjakan solat-solat sunat lain seperti tahajjud , hajat , taubat dan sebagainya di rumah nanti , kerana katanya solat witir adalah solat penutup dan tidak boleh dikerjakan solat-solat sunat lain selepasnya.

Memang benar bahawa terdapat hadis Rasulullah saw yang menyebutkan bahawa jadikanlah solat witir sebagai penutup solat seperti :

Jadikan witir sebagai akhir (penutup) solat kamu dimalam hari.
(HR Imam Bukhari : 998 dan Imam Muslim : 751)

Walaubagaimana pun tidak terdapat larangan atau tegahan untuk kita melakukan solat-solat sunat lain yang bersebab seperti tahajjud dan lain-lain selepas dari mengerjakan witir kerana telah thabit bahawa ianya adalah perbuatan Rasulullah saw sebagaimana maksud hadis :

Sesungguhnya Nabi saw menunaikan solat 2 rakaat dimalam hari selepas solat witir , dan dia dalam keadaan duduk
(HR Imam Muslim : 738)

Asy-Syaikh Ibn Jibrin r.h dalam fatawanya [Fatawa Ramadhan : 826] menyebutkan bahawa sesiapa yang telah menunaikan witir bersama-sama dengan imam dalam solat tarawikh , maka ia tidak perlu mengulanginya semula (solat witir).Dia boleh melakukan solat sunat dua rakaat lain jika dia ingin bangun malam , tetapi  tidak  boleh  menunaikan solat witir kali kedua kerana solat witir tidak boleh dilakukan 2 kali dalam satu malam.

Dalilnya ialah maksud hadis Rasulullah saw :

Tidak ada dua witir dalam satu malam
(Hadis Hasan riwayat Ahmad 4/23 , Abu Daud : 1439 , Tirmizi : 470 , An-Nasaie : 1679 dan Ibn Hibban : 6/201)

Maka kesimpulannya , tidak ada tegahan untuk melakukan solat sunat malam seperti tahajjud selepas menunaikan solat witir , tetapi tidak boleh diulangi solat witir lagi selepas itu.Cukup dengan sekali witir sahaja yang telah dikerjakan sebelum itu. Inilah kekeliruan yang terjadi dikalangan masyarakat.

WA

Advertisement

3 thoughts on “ALAHAI…USTAZAH !

Add yours

  1. Assalamualaikum ustaz,

    Inilah masalahnya orang kita berkenaan dengan solat tarawih. Saya pun pernah mengalami situasi yang sama seperti ustaz. Bukan itu sahaja, pernah satu ketika tu ada sorang pakcik tu marah-marah saya sebab baca ayat-ayat panjang ketika solat tarawih.

    Ikutkan hati memanglah marah, tapi sebab orang tua kenalah hormati diakan. Jadi, saya pun mengiyakan sajalah apa cakap pakcik tu.

  2. Salam. Betul 2 ustz. Di skolah saya mcm2 lg pelik. Ustazah2 menghalalkan pljar2 wanita menyanyi dgn kata sopanya “nasyid” dgn lenggok bdan, mengharamkan korek hdung bln puasa (dsokong oleh msyrakat melayu), paksa pelajar ckur janggut dan mcm2 lg. Sbg ustazah,dia spatutnya paham apa itu “islam” t dia membuahkan pndangan yg jumud kpd org bkan islam. Org bkn islam pasti akn kata “susah jugak ye masuk islam”

  3. allah, nape sampai isu baca ayat panjang pun boleh sampai marah2?

    saya ada tips elak rasa mengamuk waktu berterawikh:
    saya selalu ingatkan diri, penat2 puasa sepanjang hari takkanlah kerana nak solat terawikh pun sampai bergaduh..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: