Pagi ini , disaat ini , penulis sekeluarga sedang berada di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah sebagai memenuhi temujanji isteri dengan Doktor Pakar Perbidanan untuk pemeriksaan rutin yang diwajibkan bagi Ibu-ibu yang sedang mengandung.
Kalau ikut due nya , lagi seminggu …..tapi dari gayanya macam tak lama dah… Gembira bercampur bimbang dirasai olehb penulis…..Gembira kerana in sya Allah dalam beberapa hari sahaja lagi penulis akan menimang cahaya mata yang ketiga…… tak sabar rasanya nak memeluk dan mendakap si kecil tersebut…
Walaupun begitu dalam masa yang sama , penulis juga merasakan kebimbangan , takut sesuatu yang tidak disangka-sangka berlaku , samada pada bayi atau pada si ibu…..Allahu Akbar,risaunya perasaan ku Ya Allah… Aku mohon pada Mu ya Allah , selamatkanlah isteri da anak ku , permudahkanlah proses kelahiran tersebut ya Allah…….Ya Allah , jadikanlah juga anak ku itu , anak yang soleh @ solehah.
Amin …amin…amin ya rabbal ‘Alamin
Leave a Reply