PROGRAM SEMINAR SEHARI FIQH SOLAT KETIKA SAKIT

ASSALAMUALAIKUM WTH……KEPADA SEMUA IKHWAH..
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran , sila klik Url berikut : http://www.aljawhartraining.com/

Pertama sekali , ucapan terima kasih atau lebih tepatnya Jazakumullahu khairal Jazak , diucapkan kepada ikhwah semua yang tak putus-putus melayari laman blog saya ini walaupun sudah agak sekian lama tidak saya update lantaran kesibukan tugas dan kerja-kerja yang tidak berkesudahan.
Entri kali ini adalah bertujuan untuk memaklumkan kepada ikhwah yang berminat tentang satu program / Seminar yang berkaitan dengan hukum hakam dan permasalahan Iadah Solat ketika sakit akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh / hari : 27 Mac 2011 / Ahad

Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Tempat : Emerald Hall , Grand Pacific Hotel Kuala Lumpur.

Seminar ini secara umumnya , insya Allah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta akan peri pentingnya solat ditunaikan walau dalam keadaan apa sekali pun , lebih-lebih lagi ketika kita berhadapan dengan ujian kesakitan sehingga menyebabkan pergerakan anggota tubuh badan kita terjejas dan tidak dapat berfungsi dengan baik.kebanyakan daripada kita akan terus meninggalkan solat pada ketika itu lantaran tidak mempunyai pengetahuan yang betul tentang kaedah dan cara bersuci dan solat ketika sakit atau mungkin ada yang menganggap bahawa solat dibenarkan untuk ditinggalkan ketika dalam kesakitan.

Antara persoalan yang timbul ialah :

1) Perlukah menunaikan solat ketika tangan , kaki dan kepala berbungkus akibat sakit.Bagaimanakah kaedah wudhuknya?
2) Bolehkah bertayammum , atau bolehkah bercampur aduk antara tayammum dengan wudhuk?
3) Bolehkah solat tanpa wudhuk , tanpa menukar baju yang dipenuhi darah atau najis atau tanpa mengadap kiblat ?
4) bagaimana solat ketika memakai Colostomy bag?,memakai tiub saluran najis atau memakai jarum berpelekat ditangan , kaki dan tangan bergantung dan berbalut….
5) Solat wanita yang sarat mengandung , solat ketika sedang sakit nak bersalin….
6) Solat pesakit yang memakai lampin.
7) Antara qodhok solat dan jamak solat ketika sakit , mana yang lebih utama?

dan banyak lagi keadaan-keadaan sakit yang insya Allah akan didedahkan semasa seminar nanti…

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran , sila klik Url berikut : http://www.aljawhartraining.com/
Bertindaklah segera untuk mendaftar…..tempat terhad kepada 50 orang peserta sahaja…Seminar ini dijalankan secara teori dan praktikal (Amali)…. Insya Allah..
CEPAT , SEBELUM TERLAMBAT,DAFTARLAH SEGERA.

Advertisement

One thought on “PROGRAM SEMINAR SEHARI FIQH SOLAT KETIKA SAKIT

Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: