Alhamdulillah , terlalu banyak respon samada pujian dan kritikan dari para pengunjung blog penulis berkenaan dengan artikel Maulidur Rasul yang dibid’ahkan yang lepas….
Gembira dan syukur kepada Allah swt rasanya bila ada yang bersetuju dengan penulisan penulis dan tak kurang juga rasa seronok bila ada yang panas punggung dengan artikel penulis lalu mengkritik dengan kritikan bertalu-talu yang memenuhi inbox email penulis….Bahaya dan dahsyat sungguh rupanya kuasa tinta ini lebih-lebih lagi jika ianya disebarkan melalui alam siber yang bersifat maya….
Pada dasarnya , penulis malas nak layan semua email-email tersebut kerana ianya tidak ubah seperti menyemarakkan lagi api kemarahan dan kebencian golongan pengkritik yang tidak bersetuju dengan artikel penulis…
Cuma , apa yang ingin penulis sebutkan disini ialah rata-rata atau kebanyakan orang yang mengkritik artikel penulis tu sebenarnya langsung tidak memahami apa yang penulis maksudkan dalam artikel tersebut….
Cuba pahamkan betul-betul….
Apa yang penulis maksudkan ialah , penulis menerima jemputan ceramah @ KULIAH MAGHRIB daripada sesebuah komuniti masyarakat yang dibuat disurau atau masjid dan dalam ceramah tersebut penulis diminta untuk berceramah atau bercerita tentang kisah kelahiran dan perjuangan Rasulullah saw dalam menegakkan agama Islam…Pendek ceritanya , ialah penulis pergi ke sana untuk berdakwah menyampaikan ceramah sama seperti hari-hari lain bilamana penulis pergi kesesebuah surau atau masjid untuk menyampaikan kuliah mingguan atau bulanan….
Bukannya penulis pergi ke sana dari pagi sampai ke malam berarak , berselawat , berzanji , meraban sana ,meraban sini dan sebagainya…..
Sebab itulah penulis katakan golongan yang membid’ahkan penulis kerana memenuhi jemputan ceramah umum itu adalah golongan “PELAMPAU” yang kerjanya dari pagi sampai ke petang asyik mengintai-ngintai peluang untuk membid’ahkan sesiapa sahaja yang dirasakan telah melakukan perkara-perkara yang kononya dianggap sebagai tidak betul….
Kalau begitulah caranya , Pihak Katerer yang menghantar makanan yang ‘ditempah’ pun kena jugaklah dikatakan sebagai puak bid’ah…wal hal , tugasnya hanyalah memenuhi tempahan pihak surau / masjid untuk jamuan makan di surau selepas selesai program ceramah umum tersebut.
kemudian , Pihak SYABAS dan Tenaga Nasional Berhad pun kena jugaklah…dari CEO nya sampailah kepada tukang Cleaner yang kerjanya asyik dok lap lantai bangunan SYABAS dan TNB juga akan dikatakan sebagai orang yang terlibat dengan Bid’ah kerana membekalkan air dan elektrik untuk pihak surau mengadakan ceramah Umum tersebut…
Apa lagi yer….hmm, Oh ya , Tukang pasang khemah , ALAM FLORA yang membersihkan sampah-sampah yang berlonggok seperti polistrin makanan , plastik pembungkus makanan dan cawan-cawan kertas yang dikutip selepas selesai majlis pun agaknya dikatakan sebagai ahli bid’ah sebab kerja dia orang tu memang terlibat dalam majlis ceramah umum tersebut.
Hmm , ntahlah…sampai ada salah seorang sahabat yang menghantar email kepada penulis terang-terang mengatakan penulis ni termasuk dalam kalangan ahli bid’ah kerana memberikan ceramah tentang kelebihan Rasulullah saw kepada komuniti masyarakat disitu.Sedangkan tujuan penulis ialah pergi ke sana dengan niat menyampaikan dakwah agar masyarakat akan lebih dekat dan cinta kepada Rasulullah saw khasnya serta kepada Islam umumnya…
Maka , kalau itulah pegangan golongan tersebut , ramailah para Alim Ulama yang sememangnya terkenal dalam menegakkan sunnah di Bumi Malaysia ini akan menjadi ahli bid’ah sebab menerima jemputan ceramah tentang kemuliaan Rasulullah saw walaupun ianya bertujuan dakwah.Antaranya Al-Fadhil Ust.Dr Abd Basit seperti Iklan dibawah ini…
Dah paham belum???…..Wahai si “PELAMPAU”………..
Leave a Reply