Baru-baru ini , kita dikejutkan dengan kisah rakaman video seks yang mana pelakunya dikatakan mirip wajah salah seorang pemimpin parti pembangkang. Maka berderu-derulah kedengaran berbagai-bagai fatwa itu dan ini mengenai video tersebut sehinggalah kepada kemuncaknya iaitu dengan menjemput salah seorang tokoh ulama terkemuka dunia , Fadhilatus Syaikh Dr. Wahbah Az-Zuhaily yang dijemput oleh kerajaan negeri memberikan penjelasan berkenaan dengan isu sumpah dan qazaf.
Penulis tidak berhasrat untuk mengkomen , atau mengulas apa2 yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Duktur…Cuma apa yang ingin penulis nukilkan di sini ialah , bahawa kaedah pensabitan seseorang terhadap kesalahan jenayah hudud yang dilakukan adalah tidak tertumpu kepada 2 kaedah sahaja sebagaimana yang diketahui umum iaitu , Keterangan saksi dan pengakuan si tertuduh.
Malah , Dr. Ahmad Fathi Bahansi dalam bukunya : Nazariyat al-Itsbat Fi al-Fiqh al-Jinaa’ie al-Islami , m/s : 12 menyatakan : Ada 7 cara yang boleh digunakan dalam membuktikan kes-kes jenayah termasuk dalam kes-kes hudud , iaitu :
1) Kesaksian.
2) Pengakuan.
3) Bahan Bukti (qarinah)
4) Keterangan Pakar (al-Khibrah)
5) Pengetahuan hakim
6) Dokumen ( Al-Kitabah )
7) Sumpah
Suka saya menukilkan kata-kata salah seorang tokoh ulama yang paling mengambil berat tentang kedudukan bukti (qarinah) ini sebagai salah satu jenis keterangan yang boleh digunakan di mahkamah.Beliau ialah Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah yang menghuraikan dengan panjang lebar bagaimana jenis keterangan seperti itu perlu diterima oleh mahkamah termasuk dalam kes-kes yang berkaitan hudud.
Menurut beliau lagi , apa yang dimaksudkan dengan keterangan al-Bayyinah ialah apa sahaja yang boleh menjelaskan kebenaran.Ia tidak semestinya dalam bentuk saksi samada satu , dua atau empat orang.Malah dalam al-Quran juga jika diteliti maksud al-Bayyinah itu tidaklah wujud istilah tersebut digunakan atau dikaitkan bagi pengertian saksi.Dalam ertikata lain al-bayyinah bermaksud sebarang perkara yang boleh menjelaskan kebenaran tak kira dalam bentuk apa pun.
Kata Imam Ibn al-Qayyim lagi , pihak pendakwa perlu mengemukakan hujah untuk membuktikan kebenaran dakwaannya itu.Meskipun antara hujah atau alasan yang dimaksudkan ialah keterangan saksi , namun ini tidak menolak penerimaan terhadap keterangan-keterangan dari jenis lain.Bahkan ada kemungkinanbahawa keterangan-keterangan jenis lain terutama keterangan yang bersifat bukti kejadian (Qarinah al-Hal) yang mana ia lebih meyakinkan daripada keterangan saksi. (al-turuq al-Hukmiyah fi al-Siyasah al-Syar’iyyah oleh Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah , m/s : 12 )
Walaubagaimana pun dalam kes-kes hudud , para ulama / fuqaha berselisih pendapat dalam menerima bukti (qarinah) ini.Ini berdasarkan sejauh mana asas penerimaannya tidak bertentangann dengan prinsip “Dar ul hudud bi al-syubhat” iaitu Konsep menolak hudud dengan syubhat.
Apa pun , yang jelasnya sebagaimana kata-kata Imam Ibn al-Qayyim , bahawa adakalanya keterangan / al-bayyinah jenis lain selain saksi dan pengakuan itu lebih jelas dan meyakinkan terutama keterangan bersifat bukti kejadian iaitu qarinah al-hal..sebagai contoh dalam kes mencuri , apabila barang curi itu berada dalam simpanan tertuduh sedangkan pada masa itu tiada sebarang pengakuan dibuat dan tidak pula ada saksi yang melihatnya…Maka qarinah al-hal dalam kes mencuri tersebut adakah boleh ditolak begitu sahaja???
Sekali lagi Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziyah menjelaskan dalam kitab yang sama m/s : 6 :
“Para Imam dan khalifah al-Rasyidun sentiasa menjatuhkan hukuman potong tangan apabila barang curi berkenaan didapati berada dalam simpanan tertuduh.Bukti / qarinah ini sebenarnya lebih kuat daripada saksi dan pengakuan.”
MAKA PERSOALANNYA ….
Sekiranya video rakaman seks yang membabitkan salah seorang pemimpin pembangkang itu ternyata TULEN DAN ASLI @ ORIGINAL berdasarkan kepada keterangan pakar yang mana kenyataan pakar (al-Khibrah) itu adalah salah satu daripada kaedah pensabitan kesalahan jenayah (rujuk no.4 di atas) adakah qarinah al-hal ini boleh ditolak begitu saja???.., Apa yang jelas Pelaku video tersebut adalah WAJIB dijatuhkan hukuman samada hudud atau pun Ta’zir.Ini kerana mengikut pendapat kebanyakan Fuqaha , bukti / qarinah yang jelas dan meyakinkan boleh dijadikan alasan pensabitan hukuman ta’zir melainkan si tertuduh dapat menafikannya serta membuktikan sebaliknya……
Kesimpulannya :…. jika ia tulen dan asli , maka si pelakunya hendaklah mempersiapkan hujah dan bukti untuk menolakknya serta membuktikan bahawa kebenaran dan keaslian video tersebut adalah palsu dan batil atau pun rekaan semata-mata…….Allahu A’alam….
Leave a Reply