MUHASABAH DIRI SEBELUM BERAKHIRNYA RAMADHAN.

Hari ini adalah hari ke 20 kita berpuasa….. Sesungguhnya telah 20 hari kita berpuasa dan telah 20 hari juga kita telah menempuh segala macam ujian dan dugaan  sepanjang berada dalam bulan Ramadhan….Maka eloklah disaat-saat akhir bulan Ramadhan ini , marilah sama-sama kita bermuhasabah diri,…. adakah kita telah berjaya mengharungi Ramadhan selama 20 hari yang lepas dengan mengikut segala kehendak Allah swt??… Adakah kita yakin bahawa kita akan mencapai darjat “Muttaqiin” sebagaimana yang disebut dalam Al-Quran , surah Al-Baqarah ayat 183..

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa…

Jika diperhatikan pada ayat di atas , Allah swt memerintahkan ‘Orang-orang yang beriman’ itu agar berpuasa sebagaimana diperintahkan kepada umat terdahulu… Mengapa Allah swt menyebut ‘Orang-orang beriman’….kenapa tidak disebut ‘Orang-orang Islam’..sedangkan kewajipan puasa itu adalah rukun bagi orang Islam sebagaimana termaktub dalam rukun Islam..

Apa yang jelas daripada penggunaan ayat ‘Orang-orang yang beriman’  membawa 2 maksud iaitu :

1) Hanya orang2 yang beriman sahaja yang akan berpuasa kerana Allah swt.

2) Hanya puasa orang beriman sahaja yang Allah swt terima.

Ini bermakna , puasa orang Islam Allah tak terima dan kebiasaannya orang Islam  berpuasa bukan kerana Allah swt.. Inilah realiti kehidupan masa kini , bahawa kebiasaannya orang Islam lah yang akan melakukan Ibadah bukan semata2 kerana Allah…. Ibadah yang dilakukan hanyalah semata-mata ikut-ikutan atau kerana sesuatu….termasuklah ibadah puasa…

Apabila ibadah yang kita lakukan ikhlas semata2 kerana Allah swt , maka kita bukan lagi sebagai orang Islam…kita telah naik satu darjat disisi Allah swt , iaitu “Mukmin”…hanya orang yang beriman sahajalah yang melakukan Ibadah kerana Allah dan hanya Ibadah orang2 yang beriman sahajalah yang Allah swt terima,termasuklah ibadah puasa yang sedang kita kerjakan….

Firman Allah swt dalam surah At-Taubah , ayat 112 :

التَّائِبُونَ الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدُونَ الْآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ  اللَّهِ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ

Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang mengembara* , yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu

* menuntut Ilmu atau berjihad dan ada juga ahli tafsir yang menafsirkan sebagai berpuasa..

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa hanya orang beriman sahaja yang akan melakukan segala ketaatan semata2 kerana Allah swt yang akhirnya Allah gembirakan mereka dengan balasan Syurga seperti yang dijanjikan-Nya…

Hari ini ramai yang berpuasa , bukan kerana Allah… tetapi semata2 kerana suami atau isteri yang berpuasa, atau kerana anak2 berpuasa , atau kerana sahabat-sahabat dan rakan sekerja juga berpuasa atau yang paling malang sekali apabila ia berpuasa semata-mata kerana sudah menjadi adat kebiasaan orang berpuasa pada bulan Ramadhan…

Atas sebab itu juga lah bahawa pahala puasa adalah menjadi hak Mutlaq Allah swt.Hanya Allah swt sahajalah yang akan menilai kualiti Ibadah puasa kita, samada OK atau KO…..

Sebab itu jugalah, Nabi Saw hanya menitik beratkan ibadah solat yang perlu dididik dan diajar kepada anak2 kecil seawal 7 tahun…bukan ibadah puasa..Ini kerana , puasa atau tidak si anak semasa kecil, ia pasti akan berpuasa ketika dewasanya seperti mana yang berlaku pada hari ini… Hari ini , orang yang selalu buat maksiat , orang fasiq , munafiq , penjenayah , peragut , mat rempit , kaki sabung ayam , sabung lembu atau apa sahaja statusnya orang tersebut , hatta yang tak pernah solat juga akan berpuasa…Tak percaya , cuba tanya mana-mana ahli keluarga atau saudara mara terdekat yang tak solat , … tanya dia , sepanjang ramadhan tahun ni , adakah dia berpuasa atau tidak…sudah tentu jawapannya “Ya”… Cuma bezanya , mereka berpuasa bukan sebagai orang beriman puasa , tetapi hanyalah  puasa orang Islam yang tidak terlepas daripada niat sekadar ikut-ikutan atau puasa adat…

Itulah hikmah kenapa Nabi saw menitik beratkan soal solat dahulu sedari kecil. Sebabnya sungguh mudah , iaitu apabila betul solatnya , apabila hebat solatnya , apabila istiqomah solatnya , dan apabila sebati solatnya dalam jiwa dan sanubari seseorang itu , serta apabila solat yang dilakukannya ikhlas semata2 kerana Allah swt , maka akan selesailah semua perintah Allah swt yang lain seperti puasa, zakat , haji , sedekah , dan lain-lain serta tidak ketinggalan  sunnah Rasulullah saw juga akan menjadi amalan sehariannya…

Tetapi malangnya pada hari ini , kebanyakan dari kita telah melakukan yang terbalik… Kita bermati-matian dan bersungguh-sungguh memaksa si anak yang baru berumur 5 , atau 6 , atau 7 , atau 8 , atau 9 dan 10 tahun berpuasa penuh sebulan… sehinggakan ada yang mengugut , kalau tak puasa akan didenda malah tak kurang juga yang mengumpan dengan duit raya dan bermacam-macam hadiah lagi yang sudah pasti akan membuatkan si anak “terpaksa” menahan keperitan tekak , kelesuan badan sehingga tidak bermaya dan akhirnya mendatangkan kemudharatan dan kerosakan pada tubuh badan si anak… Sesungguhnya ini satu perbuatan yang diharamkan dalam Islam…malah berdosa si ibu dan si bapa yang memaksa anaknya berpuasa sehingga mendatangkan kemudharatan pada si anak…

Apa yang penting, tidak salah kalau si anak ingin berpuasa…tetapi, tidak boleh melarang dan menahan si anak daripada berbuka puasa ketika mana si anak kecil itu berada dalam keadaan letih, tidak bermaya dan lesu sehingga jika tidak diberikan keizinan untuk berbuka , boleh menyebabkan si anak menderita dan akhirya  membawa kepada kematian…..Secara lojiknya , mana mungkin sama tahap ketahanan badan si anak kecil dengan tahap ketahanan badan seorang dewasa seperti badan ibu dan bapa yang memaksa anak kecil itu berpuasa…. Itulah sebabnya tidak ada suruhan pun dari Nabi saw yang menyuruh anak-anak kecil berpuasa…

Ikutlah apa yang disuruh Nabi saw..Jangan buat benda terbalik…..berikan lah sepenuh penekanan dan didikan terhadap kefardhuan solat…kerana solat itulah yang akan menjadi tunjang kepada terlaksananya semua ibadah dan perintah Allah swt di masa hadapan kelak…..

Kembali kepada persoalan di atas…. sama-samalah kita bermuhasabah , adakah puasa kita lahir daripada jiwa orang yang beriman… Adakah sepanjang berpuasa kita masih lagi tidak dapat meninggalkan kata2 dusta dan perbuatan keji??…..Adakah sepanjang berpuasa kita seringkali meninggalkan solat atau mungkin langsung tak solat???……Jika “YA” jawapannya , maka itulah antara tanda puasa kita bukan puasa orang beriman… Ini kerana , hanya orang-orang beriman sahajalah yang berpuasa semata-mata kerana Allah dan dapat meninggalkan segala perbuatan maksiat serta bersungguh-sungguh mentaati segala perintah Allah sepanjang berpuasa termasuk tidak sekali-kali meninggalkan solat atau mencuaikannya….

Apabila itu semua dilakukan oleh orang-orang yang beriman tadi , maka tecapailah maksud dan matlamat ibadah puasa itu….. iaitulah “AGAR KAMU MENJADI ORANG-ORANG YANG BERTAQWA” sebagaimana ayat terakhir dalam ayat 183 surah al-Baqarah yang telah penulis tuliskan di awal entri ini…. Semoga kita semua mencapai darjat “Mukmin dan Muttaqin” yang diidam-idamkan…..Amiin..

Advertisement

One thought on “MUHASABAH DIRI SEBELUM BERAKHIRNYA RAMADHAN.

Add yours

  1. Assalamu’alaikum..
    Thanks for the inputs..!
    appreciate them very much!
    mohon share boleh ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: