Ramai antara kita termasuk para Asatizah di luar sana yang keliru atau mungkin tersalah dalam menilai isu Kassim Ahmad yang menolak Hadis dan melakukan penghinaan terhadap Agama Allah swt.
Antara mereka , ada yang menilai isu ini sebagai isu dakwah.Maka yang perlu dilakukan kepada Kassim Ahmad ialah dari sudut melaksanakan misi dakwah dengan cara berhujah , berdebat dan berdiskusi dengan Kassim Ahmad..
Ini lah kesilapan yang paling fatal yang dilakukan segelintir manusia yang konon2nya melaksanakan misi dakwah bil hikmah yang meletakkan elemen lemah lembut , falsafah dan sebagainya dalam menangani isu Kassim Ahmad.
Sekiranya diperhati dan diperhalusi dengan lebih mendalam, isu kassim Ahmad pada masa ini bukan lagi isu dakwah yang memerlukan satu perdebatan dan perbahasan antara golongan ulama dengan Kassim Ahmad.Ini kerana sepanjang kemunculan idea2 sesat dan kontroversi dari Kassim Ahmad sudah berkali-kali sesi debat dan perbahasan dilakukan antara kassim Ahmad sendiri dengan golongan Ulama.
Sebagai buktinya saya bawakan kronologi perdebatan antara Kassim Ahmad dengan para Ulama berkenaan idea2 sesatnya itu:
1) 1986 : Pusat Islam pernah mengadakan sesi debat dengan Kassim Ahmad yang mana kumpulan dari Pusat Islam diketua oleh Al-Fadhil Dr. Ahmad Awang. ( Bekas Yang diPertua Persatuan Ulama Malaysia dan bekas Naib Presiden serta Ahli majlis Syura PAS)
2) 28 Jun 1986 : ABIM pernah mengadakan muzakarah bersama Kassim Ahmad di Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya yang diketuai oleh Timbalan Presiden ABIM ketika iaitu Dr. Abd Halim El-Muhammady dan hasil daripada perdebatan tersebut ABIM telah menerbitkan buku bertajuk : ISLAM DAN AL-HADITH , DIALOG BERSAMA KASSIM AHMAD – Satu Analisis ke atas usaha-usaha merosakkan peribadi dan autoriti Rasulullah saw – cetakan 1991 dan 1995.
3) 1987 : Debat Kassim Ahmad dengan Team / Pakar Syariah dari Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.
Satu lagi kekeliruan segelintir daripada kita apabila ia menyamakan isu Kassim Ahmad dengan Isu dakwah terhadap golongan kafir seperti kisah Nabi Ibrahim yang berdakwah dengan Raja Namrud dan begitu juga ada yang menyebut2 nama Dr Zakir Naik dan Ahmad Deedat yang boleh menarik ramai kalangan pendengarnya untuk menerima Islam ,hasil daripada penerangan dan perdebatan dengan golongan kafir.
Apakah mereka ini semua tak tahu atau buat2 tak tahu bahawa apa yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim , Dr Zakir Naik dan Ahmad Deedat adalah lebih menjurus kepada berdakwah terhadap golongan kafir yang bukan dalam lingkungan syahadah.. Adalah tidak sama kesannya , antara orang kafir yang membenci Islam dengan orang Islam sendiri yang membenci Islam…begitu juga tidak sama kesannya antara orang kafir yang menimbulkan kekeliruan terhadap Islam jika dibandingkan dengan orang Islam sendiri yang menimbulkan kekeliruan, apatah lagi jika orang itu berpontensi mempengaruhi orang lain untuk sama-sama mempercayai apa yang dihujahkan..
Atas dasar inilah Saidina Abu Bakar r.a bertegas memerangi golongan Islam yang tidak mahu membayar zakat selepas daripada kewafatan Rasulullah saw…. Kenapa Abu Bakar tidak membunuh terus orang2 kafir yang wujud ketika itu, walhal mereka sememangnya ada..
Ikhwah sekalian , Sesungguhnya isu Kassim Ahmad pada masa ini adalah isu kemungkaran yang wajib dicegah.Ini kerana , sekiranya kita kata perlu debat dan berbahas, maka ianya telah pun dijalankan belasan atau puluhan tahun yang lalu dan hasilnya, Kassim Ahmad masih berdegil dan tetap dengan pendiriannya.Pendirian yang sangat merbahaya terhadap Islam dan Umatnya..
Amat malang dan sangat2 pelik apabila segala ajaran sesat yang pernah bertapak di Malaysia,telah dicantas dan diperangi habis-habisan oleh kita semua termasuk pihak pemerintah seperti Darul Arqam, Rasul Melayu , Kerajaan Langit Ayag Pin, Bahai , Ahmad Laksamana, Hasan Anak Rimau , Ajaran Tuhan Haron dan berbagai2 lagi…tapi apabila sampai kepada Ajaran Kassim Ahmad, kita semua mahu berdebat lah , berbahaslah, bersopan santun lah…. Apakah tidak cukup sesat dan menyalahi syarak segala apa yang dilontarkan oleh Kassim Ahmad… Apa istimewanya Kassim Ahmad??.. Pelik sungguh.. Malahan Salman Rushdee juga difatwakan sesat dan halal darahnya untuk dibunuh oleh ramai ulama dan badan agama dunia setelah kemunculan Novel sesatnya yang bertajuk The Satanic Verses.
Apakah kita mahu Kassim Ahmad terus-terusan mencipta pengaruh dan pengikutnya sendiri,akibat daripada sikap berlemah lembut kita yang sibuk berfalsafah dengan mainan jiwa???…. Sedarkah kita semua, selagi isu ini tidak ditangani dengan segera , sesungguhnya kita telah mencipta lebih ramai lagi Kassim Ahmad…
Berbalik kepada point saya di atas berkenaan isu Kassim Ahmad adalah isu kemungkaran.. Nabi saw telah menyebut panduannya dalam menangani kemungkaran sebagaimana sabdanya :
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
“Barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangannya, jika tidak mampu dengan lisannya dan jika tidak mampu lagi cegahlah dengan hatinya.Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.”
(Hadis riwayat Imam Muslim : 70)
Daripada hadis di atas, jelas kepada kita bahawa setiap kemungkaran yang dilakukan hendaklah dicegah dan pencegahan yang digariskan oleh Baginda saw adalah bermula dengan Tangan.. kemudian lisan dan yang akhirnya adalah hati.
Apakah maksud kata2 Nabi saw ini??,…. Para ulama menafsirkan hadis ini , bahawa setiap kemungkaran yang dilakukan hendaklah dicegah dengan kuasa iaitu ianya menjadi satu kewajiban terhadap pemerintah untuk menghalang dan menyekat segala perbuatan maksiat yang boleh mengundang kemudharatan terhadap rakyat lain.Ini bermakna tugas membenteras kemungkaran adalah di tangan pemerintah atau siapa sahaja yang mempunyai kuasa.
Ini lah yang menjadi asas kepada tindakan Saidina Abu Bakar ketika memerangi golongan yang tidak mahu membayar zakat dan inilah juga yang menjadi pegangan kerajaan dalam siri2 pembenterasan ajaran2 sesat sebelum ini.
Kenapa Nabi saw tidak meletakkan pencegahan melalui lisan terlebih dahulu.. iaitu berdakwah dengan lemah lembut dan sebagainya??… Ini kerana kemungkaran yang dimaksudkan oleh Baginda ialah kemungkaran yang dilakukan oleh umat Islam yang boleh merosakkan Islam.Sebab itu saya kata di atas tadi , ada beza antara kemungkaran yang dilakukan oleh orang kafir dengan yang dilakukan oleh orang Islam..
Dalam bab pencegahan kemungkaran ini juga ada pembahagiannya iaitu :
1) Kemungkaran yang dilakukan secara seorang diri atau yang dilakukan ditempat2 terpencil yang tidak diketahui oleh orang lain.
2) Kemungkaran yang dilakukan secara terang-terangan atau yang melibatkan orang lain.
Antara 2 jenis kemungkaran di atas, jenis ke dua adalah kemungkaran yang wajib dicegah kerana ia akan mempengaruhi orang lain dan seterusnya mengundang kerosakan atau mafsadah terhadap Islam dan umat Islam itu sendiri.Kemungkaran jenis ini lah yang dimaksudkan oleh baginda saw dalam hadis di atas.. Hadis ini juga lah antara hadis yang menjadi asas dalam meletakkan kaedah Saad Az-Zara’ie , iaitu menyekat Jalan-jalan yang boleh membawa kepada kerosakan yang lebih besar.
Manakala kemungkaran jenis pertama adalah kemungkaran yang diberi pilihan samada untuk dicegah atau dibiarkan sebagaimana kisah seorang pemuda dari Bani Aslam yang memberitahu pada Rasulullah saw tentang perbuatan maksiat yang dilakukan oleh seseorang di hujung Madinah, iaitu tempat yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang dan juga perbuatan maksiat tersebut tidak dilihat oleh orang lain kecuali pemuda bani Aslam itu sahaja… Nabi berkata :
يَا هَزَّالُ لَوْ سَتَرْتَهُ بِرِدَائِكَ لَكَانَ خَيْرًا لَكَ
“Wahai Hazzal , sekiranya kamu simpan cerita tersebut dalam lipatan gulungan kain kamu, itu adalah lebih baik bagi kamu” ( Muwattho Imam Malik : 1290 )
Ini kerana , kesan daripada perlakuan maksiat yang tersembunyi dan tidak diketahui orang lain adalah berbeza dengan maksiat atau kemungkaran yang dilakukan secara terang-terangan dihadapan masyarakat yang mana hasil daripada perbuatan kemungkaran secara terang-terangan inilah yang akan merosakkan Islam dan boleh mendatangkan kemudharatan dan kehancuran umat Islam.
Ikhwah sekalian , kesemua ayat2 al-quran dan hadis2 Nabi saw tentang pengharaman dan pencegahan kemungkaran adalah ditujukan khas kepada Umat Islam dan kafir zimmi yang duduk dalam Negara Islam…seperti ayat2 tentang pengharaman Zina , pengharaman Arak , pengharaman melakukan Qazaf , pengharaman mencuri dan merompak , pengharaman murtad , pengharaman memfitnah , pengharaman mengumpat dan sebagainya…
Allah swt juga telah menurunkan bentuk2 hukuman yang perlu dijalankan sekiranya kemungkaran2 atau maksiat di atas dilakukan… dan hukuman2 tersebut apabila dilaksanakan terhadap pesalah akan mencegah orang lain daripada terjebak sama dengan jenayah atau kemungkaran yang dilakukan oleh pesalah tersebut..Ini lah antara hikmah terbesar undang-undang Jenayah Islam sebagaimana yang disebut oleh Abd Qadir Audah dalam At-Tasyri’ Al-Jinaai Al-Islami.Atas dasar ini jugalah Allah swt menyuruh agar hukuman yang dikenakan ke atas pesalah itu disaksikan oleh rakyat dan umat Islam sebagai salah satu strategi pencegahan dari Allah swt sebagaimana Firman-Nya dalam surah An-Nuur ayat 2 :
الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
“Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman”
Apabila setiap daripada umat Islam melihat pesalah atau pelaku kemungkaran dilaksanakan hukuman dihadapan mereka , maka sudah tentu aka nada rasa gerun dan takut dalam diri rakyat itu untuk melakukan kesalahan yang sama…Apabila seorang pesalah murtad yang dipancung kepalanya dihadapan ribuan rakyat , maka ini akan menyebabkan orang2 yang baru nak murtad atau yang telah murtad akan kembali beriman kepada Allah swt kerana takut akan dipancung kepalanya..
AmAt malang bila ada yang berpendapat , sekiranya dibunuh seorang Kassim Ahmad akan lahirlah 20 orang Kassim Ahmad yang lain…seolah2 berpendapat bahawa hukuman Allah swt tidak mampu mencegah kemungkaran dan jenayah daripada berlaku.. Inilah jadinya apabila tidak mengaji dan tidak mahu belajar tentang syariat terlebih dahulu sebelum melontarkan idea2 yang hanya berpaksikan kepada akal semata2..
Mungkin akan ada yang mengatakan , adakah ajaran Islam ini lebih kepada ancaman dan ugutan??…. maka jawapan saya “YA”… tak perlulah saya bahaskan disini kerana seseorang yang membaca al-quran akan sentiasa berjumpa dengan ayat2 ancaman dari Allah swt dengan siksaan api neraka yang Maha pedih terhadap golongan2 yang derhaka atau yang melakukan kemungkaran dan maksiat, malahan terdapat juga ayat yang melaknat golongan2 tersebut samada laknat dari Allah atau pun Malaikat atau pun makhluk yang boleh melaknat.
Sebab itu saya berpandangan isu Kassim Ahmad adalah isu kemungkaran yang wajib ditangani secara kuasa pemerintahan sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan terhadap ajaran2 sesat yang lain.. sesungguhnya dalam kita berpolemik antara nak berdebat dan nak tangkap sahaja kassim Ahmad ini , pengikut dan pengkagum kassim Ahmad akan terus tercipta dan lahir ke muka bumi Malaysia ini… apatah lagi dalam keadaan Kassim Ahmad juga ada menulis buku yang disifatkan oleh Al-Fadhil Ustaz Dr Ahmad Awang sebagai buku yang 100% bercanggah dengan manhaj dan Akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan sangat merbahaya terhadap umat Islam.
Kesimpulan daripada penulisan saya ini ialah , Isu Kassim Ahmad telah masuk kepada fasa pencegahan bukan lagi perdebatan kerana perdebatan telah pun berlaku dan ianya masih berdegil dengan pendiriannya..Lagi lama kita membiarkan Kassim Ahmad bebas diluar sana , maka lagi ramailah umat Islam yang berpewatakkan Kassim Ahmad lantaran mereka melihat tidak ada satu tindakan pun yang dikenakan kepada Kassim Ahmad disebakan kelemahan pemerintah dan juga sikap segelintir dari kita yang menganggap isu ini adalah isu dakwah yang perlu kepada perdebatan dan hujjah….sedangkan perdebatan dan perbahasan telah pun berlaku puluhan tahun dahulu… Silap2 antara kita yang sibuk nak berdebat dengan kassim Ahmad ni pun tak lahir lagi masa debat Kassim Ahmad tu berlaku…
Ini lah kekeliruan segelintir umat Islam terhadap isu Kassim Ahmad..
Leave a Reply