Baru-baru ini ada dakwaan daripada seorang Ustaz Selebriti yang mengatakan, dia mendapat nasihat daripada seorang Doktor bahawa Minyak Zaitun tidak boleh dimakan @ diminum secara terus ke dalam mulut… mudah cerita tak boleh minum minyak zaitun direct kerana kata Doktor tersebut ianya boleh merosakkan buah pinggang @ ginjal dalam jangka masa Panjang. Minyak zaitun kata doctor tu lagi mesti dimakan @ diminum bersama2 dengan makanan…iaitu seperti diletakkan di atas roti, di tuang di atas salad dan sebagainya…
Kecoh satu Malaya dengan kenyataan Ustaz tersebut… Aduhaiiii..
Gini lah , dibawah ni saya copy paste kan kenyataan seorang “Doktor” juga berkenaan dengan kekeliruan kaedah makan @ minum minyak zaitun yang ditimbulkan oleh seorang Ustaz selebriti itu yang kononnya dia ambil kenyataan itu daripada seorang Doktor… Kalau saya yang jawab, nnti orang tak nak ambik port… sebb saya bukan doctor, walaupun apa yang terlintas dari fikiran saya ni sama dengan jawapan Dr Zubaidi dibawah ini :
Jom sahabat sekalian… jom kita penuhkan masa cuti kita 1 Mei ini dengan majlis Ilmu seperti poster di atas… insya Allah akan memberi manfaat kepada kita semua…. 🙂 .
Alhamdulillah , program “Jom Kita Khatam kitab” (JKKK) Fiqh Al-Jinayah yang telah di adakan di Dewan Majlis Daerah Selama , Perak Darul Ridzuan pada 3 dan 4 November 2012 yang lepas telah berjalan dengan lancar dan sempurna berkat Izin Allah swt..
Program 2 hari itu adalah program yang Julung-julung kalinya di adakan di Daerah Selama Perak yang di anjurkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Selama..
Banner / Backdrop Program
Tercetusnya Idea untuk mengadakan program ini adalah kerana bertujuan untuk memberikan pemahaman dan penjelasan yang sahih dan tepat mengenai undang-undang jenayah Islam yang seringkali disalah tafsirkan oleh sesetengah pihak yang jahil serta mengikut hawa nafsu mereka…
Alhamdulillah , selepas 2 hari program , 99% peserta program telah dapat memahami matlamat , dan tujuan serta falsafah perundangan Islam yang Allah swt turunkan untuk dilaksanakan oleh para pemimpin sesebuah negara Islam..
Semoga program sebegini dapat diteruskan dan diambil peluang oleh Daerah-daerah lain samada di Perak itu sendiri ataupun negeri-negeri lain agar umat Islam pada seluruh bumi Malaysia dapat memahami Undang-undang Islam dengan pemahaman dan pejelasan yang berteraskan Al-Quran dan sunnah Rasulullah saw seterusnya menanamkan keyakinan dalam diri , bahawa HANYA UNDANG-UNDANG ALLAH SWT SAHAJA LAH YANG MAMPU MENJAGA MASLAHAH RAKYAT DAN MENOLAK MAFSADAH SEBAIK MUNGKIN….
ALLAHU AKBAR!!!!!
ANTARA GAMBAR-GAMBAR SEMASA PROGRAM.
Inilah buku penulis yang dijadikan modul program dalam seminar tersebut.
Banner / Backdrop Program
Pegawai Agama Daerah sedang memberikan ucapan perasmian
Salah seorang petugas program yang sentiasa berjiwa kental dan bersemangat waja.
Bersama Pegawai Agama Daerah Selama
Sebahagian peserta yang telah mendaftar masuk untuk program seminar JKKK.
Apalah yang boleh dibuat oleh kita semua bila mendengar berita tentang serangan Israel La’natullah ke atas Kapal Konvoi Bantuan ke Gaza………??
Apalah yang boleh kita buat apabila membaca berita tersebut di dada-dada Akhbar…….??
Apalah yang terdaya kita buat apabila menonton berita tersebut di RTM , TV3 atau Astro……??
Apalah yang boleh kita buat terhadap semua dan segala penderitaan rakyat Palestin dari dulu hingga sekarang….??
TAK ADA APA PUN…!!!..TAPI ….
Apakah yang WAJIB DAN MESTI kita buat terhadap semua itu…..Tidak lain , melainkan hanyalah dengan :
MEMANJATKAN DOA KEPADA ALLAH RABBUL JALIL SIANG DAN MALAM , PAGI DAN PETANG , SETIAP MASA DAN KETIKA , SETIAP DETIK DAN SETIAP HEMBUSAN NAFAS , AGAR DIBERIKAN KEMUDAHAN DAN KESELAMATAN KEPADA SAUDARA-SAUDARA KITA YANG BERADA DI PALESTIN ,
SERTA TIDAK LUPA JUGA UNTUK MENDOAKAN KEHANCURAN NEGARA HARAM ISRAEL DAN KUNCU-KUNCUNYA…..AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN…
Hari ini , dunia sekali lagi dikejutkan dengan serangan yang mengganas dan membabi buta oleh ‘pengganas’ yang mendapat pembelaan dari Negara-negara barat yang sudah pasti menginginkan kehancuran penduduk dan bumi Palestin.
Serangan demi serangan yang ditujukan sememangnya menyesakkan dada sehingga menitiskan air mata apabila melihatkan natijah dari serangan itu yang meragut puluhan malahan ratusan dan ribuan nyawa penduduk Palestin yang tidak berdosa……Bilakah semua ini akan berakhir??…. Kenapa dan mengapa Negara-negara Islam tidak mampu untuk menjahanamkan tentera-tentera Jahanam itu dengan segala macam kekuatan yang ada??…..
Negara-negara Islam yang berada di sekeliling bumi Palestin seolah-olah menutup mata atas apa yang terjadi….Bagi penulis , walaupun terdapatnya bantuan demi bantuan yang dihulurkan oleh Negara-negara Islam yang perihatin , ianya tetap tidak memadai dan mencukupi.Buat apa kita memberikan mereka ubat-ubatan dan makanan , kalau setiap hari pasti akan berlaku pembunuhan dan kematian??…..Apakah ubat-ubatan tersebut mampu untuk menghidupkan mangsa-mangsa yang terburai perut dan otaknya dek serangan roket-roket dari tentera jahanam itu??…Apakah ubat-ubatan dan makanan yang diberikan dapat menghalang dan menepis hujahan dan singghan peluru , bom dan mortar pihak Yahudi gila yang sememangnya sedang menggila dan begitu ghairah menghapuskan penduduk Palestin??…dan apakah ubat-ubatan dan makanan tersebut mampu untuk menampal dinding-dinding rumah dan bangunan yang rosak dan roboh dan sebagainya???………
Bila Kerajaan Iran pimpinan golongan ‘Syiah’ membantu tentera Hizbullah ‘syiah’ dengan membekalkan senjata dan peluru serta bom semasa peperangan dengan yahudi Israel suatu masa dahulu , terdapat segolongan umat Islam yang suka dan gembira serta tak kurang juga yang ‘bersyukur’ dengan situasi tersebut , lebih-lebih lagi dengan bantuan tersebut jugalah tentera-tentera Hizbullah tersebut berjaya menghalau kemaraan tentera ‘Dajjal’ tersebut sekali gus dapat mempertahankan bumi mereka dari pencerobohan.Tindakan mereka juga telah memaksa pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB ikut campur tangan bagi menyelesaikan krisis tersebut.
Itulah Iran yang kita anggapnya sebagai musuh dalam Islam lantaran pegangan dan akidah Syiahnya yang dianggap terpesong dan sesat…… Tapi , kenapa mereka lebih berani dan begitu bersungguh-sungguh mempertahankan ‘saudara’ mereka tanpa dibaluti sekelumit pun rasa takut dan bimbang dengan ancaman serta amaran ‘keras’ oleh ‘Polis Dunia’ dan sekutunya.??Malah, Iran juga pernah mengancam akan membalas serangan Israel dan sekutunya Amerika jika ia diserang secara terbuka semasa krisis nuklear suatu ketika dahulu
Iran hanya sebuah Negara sahaja…..sedangkan Negara-negara Islam lain yang mengaku sebagai golongan Sunnah wal Jama’ah lebih ramai dan lebih banyak yang mengelilingi Bumi Palestin.Malahan jika dilihat pada peta dunia , Bumi Palestin dan Israel itu amat kecil keluasan geografinya berbanding dengan Negara-negara Islam yang berada di sekelilinya.Apa yang jelas , kerajaan-kerajaan Islam yang ada langsung tidak ada niat untuk membantu Palestin dari sudut kekuatan dan ketenteraan , tapi mereka bersungguh-sungguh menutup dan ‘menembok’ sempadan-sempadan mereka yang bersebelahan dengan Palestin atas alasan ‘keselamatan’…..
Penulis teringat suatu ketika dahulu semasa menuntut ilmu di Republik Yaman…ada seorang sahabat penulis yang berasal dari Kosovo yang amat penulis kagumi.Bila kami semua pelajar bercerita tentang kezaliman dan kekejaman Israel , dia cukup marah dan geram sehingga terpancar jelas diwajahnya akan kebenciannya terhadap tentera laknat tersebut.Apabila kami bercerita pula tentang kematian dan pembunuhan penduduk-penduduk Palestin dalam keadaan yang menyayat hati, dia pula akan menitiskan air mata yang bukan dibuat-buat dengan linangan yang jelas terlihat lahir dari hati sanubarinya.
Setiap kali solat berjemaah bersamanya , dia tidak pernah lupa untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan penduduk palestin dan juga mengharapkan kehancuran dan kemusnahan tentera yahudi dalam qunut Nazilahnya.Apa yang menambahkan lagi kekaguman penulis kepadanya ialah , setiap hari dia akan berkata kepada penulis bahawa suatu hari dia akan pergi ke Palestin untuk sama-sama berjihad menentang Israel…..setiap hari dia akan berkata….setiap hari , hinggalah hari terakhirnya sebelum berangkat pulang ke Kosovo selepas menamatkan pengajiannya di Bumi Yaman sekitar tahun 2005.
2 bulan selepas itu , semasa penulis masih lagi berada di Yaman , penulis dikejutkan oleh rakan-rakan Kosovo lainnya dengan satu berita yang cukup membuatkan penulis terharu , bangga dan gembira sehingga menitiskan air mata apabila diberitahu bahawa sahabat penulis yang cukup benci dan geram dengan Yahudi tersebut telah pun berada di bumi Palestin untuk sama-sama berjihad.Beliau telah meninggalkan segala macam nikmat dunia demi mencari nikmat akhirat yang pasti tidak akan habis sampai bila-bila.Isteri dan keluarganya juga turut merelakan pemergiannya , kerana mereka semua tahu bahawa fenomena yang berlaku di Israel tidak akan selesai dengan hanya bercakap lantang atau sekadar mengutuk kekejaman Israel melalui surat khabar , majalah atau pun kotak-kotak pembesar suara , sedangkan hari demi hari pasti ada sahaja nyawa umat Islam Palestin yang akan melayang dengan serangan tersebut.
Sehingga ke hari ini , penulis tidak tahu bagaimana keadaan sahabat penulis itu.Malahan , sahabat-sahabat Kosovo lain serta keluarganya juga tidak tahu apakah yang telah terjadi padanya.. Tidak ada berita yang dikirimkan kecuali sebulan dua selepas pemergiannya sahaja.Walaubagaimana pun, apa yang pasti dan jelas ialah , jika ia telah terkorban bersama-sama dengan umat Islam Palestin semasa berjuang dan berjihad menentang kezaliman Israel laknatullah , dia pasti memperoleh ganjaran Syurga jannatul Firdaus sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah ‘Azza wajalla kepada hamba-hambaNya yang sanggup menggadai nyawa demi kemulian dan keagongan Islam….Semoga Allah merahmati semua para syuhadak dan umat Islam Palestin yang terkorban dan mengembalikan bumi Palestin kepada yang berhak…..Amin ya Rabbal ‘Alamin.
Untuk akhirnya , ingatlah wahai ikhwah sekalian ,hari ini adalah hari kelapan Gaza diserang… sudah sampai masanya Negara-negara Islam memikirkan hal ini dengan lebih tegas dan bersungguh-sungguh.Sampai bila kita ingin membekalkan mereka dengan ubat-ubatan dan makanan sahaja sedangkan kematian demi kematian pasti berlaku setiap hari….Sampai bila juga , helaian kertas demi helaian yang dituliskan padanya dengan pelan-pelan serta perjanjian damai , gencatan senjata , rundingan demi rundingan dan sebagainya dibuat dengan tujuan ‘kononnya’ untuk membantu umat Islam Palestin……sampai bila??….semua pelan damai dan rundingan tersebut tak ubah seperti makanan enak yang telah menjadi sampah busuk dan jijik yang mana kemudiannya disajikan semula oleh PBB dan Amerika laknatullah kepada Negara-negara Arab…..
Sebenarnya , mereka lebih memerlukan sokongan dalam bentuk yang lebih terjamin seperti bantuan ketenteraan dan senjata yang mampu menggegarkan serta menakutkan Israel.Tergamak dan sampai hati kah kita membiarkan mereka berjuang dengan hanya bersenjatakan batu , kayu , botol dan sebagainya.. Sedangkan segala kecanggihan kelengkapan perang yang moden dan berteknologi tinggi berada di pihak musuh iaitu Yahudi Israel laknatullah….
Fikir-fikirkan lah Wahai Pemimpin-pemimpin dan umat Islam sedunia sekalian….renungkan lah….
‘Ya Allah , selamatkan lah Umat Islam Palestin dan hancurkanlah musuh-musuh Mu Ya Allah’