AHLI KUBUR YANG HIDUP….

Perbuatan khurafat dan bid’ah yang dilakukan oleh golongan sufi di Hadramout adalah perbuatan yang memang memalukan Islam itu sendiri.

Golongan ini mendakwa bahawa apa yang dibawa adalah ajaran Islam tulen yang sahih dan warid dari Rasulullah saw.Lebih menyedihkan lagi apabila “tok-tok guru” mereka ini tanpa segan silu mendakwa bahawa mereka adalah dari keturunan Ahli bayt yang sampai terus ke Rasulullah saw.

Sudah tentu masyarakat akan menaruh kepercayaan yang tinggi dengan dakwaan mereka-mereka yang “berketurunan” Rasulullah saw ini.Apa sahaja dakwaan mereka , akan disambut dengan kata-kata “sami’na wa atho’na” ……….. sampailah kepada ziarah kubur , tawaf kubur , tahlil atas kubur , meratap dan meraung atas kubur dan sebagainya.Tak perlulah penulis ceritakan lagi benda yang sudah penulis ceritakan beratus-ratus kali , samada dalam ceramah-ceramah , email , soal jawab agama dan sebagainya semenjak dari penulis masih lagi berada di Yaman dalam tahun 2001 hinggalah ke hari ini.

Maka dengan sebab itu juga tidak hairanlah , pada setiap tahun dalam bulan sya’ban penduduk sekitar Hadramout , Syibam , Tarim dan lain-lain akan berbondong-bondong dan berduyun-duyun menuju ke Makam Nabi Hud as untuk melakukan ziarah.Rasanya tidak keterlaluan sekiranya penulis katakan mereka-mereka tu semua lebih “menyayangi dan mengasihi” Nabi Allah Hud as daripada Nabi Muhammad saw.

Apa yang penting telah ramai sekarang ini penulis-penulis dan para ulama Yaman yang bertungkus lumus menyedarkan masyarakat  hadramout Yaman tentang kekhurafatan golongan sufi ini sehingga ada yang menggelar mereka dengan gelaran “Ashabul Quburiyyah” ( ahli kubur ) , malah , terdapat juga satu kajian / tesis pelajar  Sarjana dari luar Yaman yang menulis sebuah buku yang bertajuk : “Ashabul Quburiyyah fil Yaman” ( Golongan / ahli kubur di Yaman)

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑