PROGRAM “JKKK” FIQH AL-JINAYAH DI DAERAH SELAMA PERAK.

12 Nov

Alhamdulillah , program “Jom Kita Khatam kitab” (JKKK) Fiqh Al-Jinayah yang telah di adakan di Dewan Majlis Daerah Selama , Perak Darul Ridzuan pada 3 dan 4 November 2012 yang lepas telah berjalan dengan lancar dan sempurna berkat Izin Allah swt..

Program 2 hari itu adalah program yang Julung-julung kalinya di adakan di Daerah Selama Perak yang di anjurkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Selama..

Banner / Backdrop Program

Tercetusnya Idea untuk mengadakan program ini adalah kerana bertujuan untuk memberikan pemahaman dan penjelasan yang sahih dan tepat mengenai undang-undang jenayah Islam yang seringkali disalah tafsirkan oleh sesetengah pihak yang jahil serta mengikut hawa nafsu mereka…

Alhamdulillah , selepas 2 hari program , 99% peserta program telah dapat memahami matlamat , dan tujuan serta falsafah perundangan Islam yang Allah swt turunkan untuk dilaksanakan oleh para pemimpin sesebuah negara Islam..

Semoga program sebegini dapat diteruskan dan diambil peluang oleh Daerah-daerah lain samada di Perak itu sendiri ataupun negeri-negeri lain agar umat Islam pada seluruh bumi Malaysia dapat memahami Undang-undang Islam dengan pemahaman dan pejelasan yang berteraskan Al-Quran dan sunnah Rasulullah saw seterusnya menanamkan keyakinan dalam diri , bahawa HANYA UNDANG-UNDANG ALLAH SWT SAHAJA LAH YANG MAMPU MENJAGA MASLAHAH RAKYAT DAN MENOLAK MAFSADAH SEBAIK MUNGKIN….

ALLAHU AKBAR!!!!!

ANTARA GAMBAR-GAMBAR SEMASA PROGRAM.

Advertisements

BISKUT RAYA OH BISKUT RAYA

10 Aug

image

Inilah sebahagian daripada tempahan biskut raya yang telah siap.. Banyak lagi tempahan yang menanti.. Ramadhan hanya berbaki beberapa hari lagi.. Bukan risau atau bimbang tempahan biskut raya tidak dapat disiapkan , tetapi bimbang tak sempat mencari lailatul Qadar… Masa yang ada terpaksa dibahagi-bahagikan,antara tuntutan tempahan pelanggan dengan tuntutan Allah ‘Azza wa jalla , lambaian Malam seribu bulan.. Allahu Robbi,.. YA ALLAH, BANTULAH HAMBA MU INI AGAR BEROLEH MANFAAT DUNIA DAN AKHIRAT… amiiinn.

MUHASABAH DIRI SEBELUM BERAKHIRNYA RAMADHAN.

9 Aug

Hari ini adalah hari ke 20 kita berpuasa….. Sesungguhnya telah 20 hari kita berpuasa dan telah 20 hari juga kita telah menempuh segala macam ujian dan dugaan  sepanjang berada dalam bulan Ramadhan….Maka eloklah disaat-saat akhir bulan Ramadhan ini , marilah sama-sama kita bermuhasabah diri,…. adakah kita telah berjaya mengharungi Ramadhan selama 20 hari yang lepas dengan mengikut segala kehendak Allah swt??… Adakah kita yakin bahawa kita akan mencapai darjat “Muttaqiin” sebagaimana yang disebut dalam Al-Quran , surah Al-Baqarah ayat 183..

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa…

Jika diperhatikan pada ayat di atas , Allah swt memerintahkan ‘Orang-orang yang beriman’ itu agar berpuasa sebagaimana diperintahkan kepada umat terdahulu… Mengapa Allah swt menyebut ‘Orang-orang beriman’….kenapa tidak disebut ‘Orang-orang Islam’..sedangkan kewajipan puasa itu adalah rukun bagi orang Islam sebagaimana termaktub dalam rukun Islam..

Apa yang jelas daripada penggunaan ayat ‘Orang-orang yang beriman’  membawa 2 maksud iaitu :

1) Hanya orang2 yang beriman sahaja yang akan berpuasa kerana Allah swt.

2) Hanya puasa orang beriman sahaja yang Allah swt terima.

Ini bermakna , puasa orang Islam Allah tak terima dan kebiasaannya orang Islam  berpuasa bukan kerana Allah swt.. Inilah realiti kehidupan masa kini , bahawa kebiasaannya orang Islam lah yang akan melakukan Ibadah bukan semata2 kerana Allah…. Ibadah yang dilakukan hanyalah semata-mata ikut-ikutan atau kerana sesuatu….termasuklah ibadah puasa…

Apabila ibadah yang kita lakukan ikhlas semata2 kerana Allah swt , maka kita bukan lagi sebagai orang Islam…kita telah naik satu darjat disisi Allah swt , iaitu “Mukmin”…hanya orang yang beriman sahajalah yang melakukan Ibadah kerana Allah dan hanya Ibadah orang2 yang beriman sahajalah yang Allah swt terima,termasuklah ibadah puasa yang sedang kita kerjakan….

Firman Allah swt dalam surah At-Taubah , ayat 112 :

التَّائِبُونَ الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدُونَ الْآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ  اللَّهِ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ

Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang mengembara* , yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu

* menuntut Ilmu atau berjihad dan ada juga ahli tafsir yang menafsirkan sebagai berpuasa..

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa hanya orang beriman sahaja yang akan melakukan segala ketaatan semata2 kerana Allah swt yang akhirnya Allah gembirakan mereka dengan balasan Syurga seperti yang dijanjikan-Nya…

Hari ini ramai yang berpuasa , bukan kerana Allah… tetapi semata2 kerana suami atau isteri yang berpuasa, atau kerana anak2 berpuasa , atau kerana sahabat-sahabat dan rakan sekerja juga berpuasa atau yang paling malang sekali apabila ia berpuasa semata-mata kerana sudah menjadi adat kebiasaan orang berpuasa pada bulan Ramadhan…

Atas sebab itu juga lah bahawa pahala puasa adalah menjadi hak Mutlaq Allah swt.Hanya Allah swt sahajalah yang akan menilai kualiti Ibadah puasa kita, samada OK atau KO…..

Sebab itu jugalah, Nabi Saw hanya menitik beratkan ibadah solat yang perlu dididik dan diajar kepada anak2 kecil seawal 7 tahun…bukan ibadah puasa..Ini kerana , puasa atau tidak si anak semasa kecil, ia pasti akan berpuasa ketika dewasanya seperti mana yang berlaku pada hari ini… Hari ini , orang yang selalu buat maksiat , orang fasiq , munafiq , penjenayah , peragut , mat rempit , kaki sabung ayam , sabung lembu atau apa sahaja statusnya orang tersebut , hatta yang tak pernah solat juga akan berpuasa…Tak percaya , cuba tanya mana-mana ahli keluarga atau saudara mara terdekat yang tak solat , … tanya dia , sepanjang ramadhan tahun ni , adakah dia berpuasa atau tidak…sudah tentu jawapannya “Ya”… Cuma bezanya , mereka berpuasa bukan sebagai orang beriman puasa , tetapi hanyalah  puasa orang Islam yang tidak terlepas daripada niat sekadar ikut-ikutan atau puasa adat…

Itulah hikmah kenapa Nabi saw menitik beratkan soal solat dahulu sedari kecil. Sebabnya sungguh mudah , iaitu apabila betul solatnya , apabila hebat solatnya , apabila istiqomah solatnya , dan apabila sebati solatnya dalam jiwa dan sanubari seseorang itu , serta apabila solat yang dilakukannya ikhlas semata2 kerana Allah swt , maka akan selesailah semua perintah Allah swt yang lain seperti puasa, zakat , haji , sedekah , dan lain-lain serta tidak ketinggalan  sunnah Rasulullah saw juga akan menjadi amalan sehariannya…

Tetapi malangnya pada hari ini , kebanyakan dari kita telah melakukan yang terbalik… Kita bermati-matian dan bersungguh-sungguh memaksa si anak yang baru berumur 5 , atau 6 , atau 7 , atau 8 , atau 9 dan 10 tahun berpuasa penuh sebulan… sehinggakan ada yang mengugut , kalau tak puasa akan didenda malah tak kurang juga yang mengumpan dengan duit raya dan bermacam-macam hadiah lagi yang sudah pasti akan membuatkan si anak “terpaksa” menahan keperitan tekak , kelesuan badan sehingga tidak bermaya dan akhirnya mendatangkan kemudharatan dan kerosakan pada tubuh badan si anak… Sesungguhnya ini satu perbuatan yang diharamkan dalam Islam…malah berdosa si ibu dan si bapa yang memaksa anaknya berpuasa sehingga mendatangkan kemudharatan pada si anak…

Apa yang penting, tidak salah kalau si anak ingin berpuasa…tetapi, tidak boleh melarang dan menahan si anak daripada berbuka puasa ketika mana si anak kecil itu berada dalam keadaan letih, tidak bermaya dan lesu sehingga jika tidak diberikan keizinan untuk berbuka , boleh menyebabkan si anak menderita dan akhirya  membawa kepada kematian…..Secara lojiknya , mana mungkin sama tahap ketahanan badan si anak kecil dengan tahap ketahanan badan seorang dewasa seperti badan ibu dan bapa yang memaksa anak kecil itu berpuasa…. Itulah sebabnya tidak ada suruhan pun dari Nabi saw yang menyuruh anak-anak kecil berpuasa…

Ikutlah apa yang disuruh Nabi saw..Jangan buat benda terbalik…..berikan lah sepenuh penekanan dan didikan terhadap kefardhuan solat…kerana solat itulah yang akan menjadi tunjang kepada terlaksananya semua ibadah dan perintah Allah swt di masa hadapan kelak…..

Kembali kepada persoalan di atas…. sama-samalah kita bermuhasabah , adakah puasa kita lahir daripada jiwa orang yang beriman… Adakah sepanjang berpuasa kita masih lagi tidak dapat meninggalkan kata2 dusta dan perbuatan keji??…..Adakah sepanjang berpuasa kita seringkali meninggalkan solat atau mungkin langsung tak solat???……Jika “YA” jawapannya , maka itulah antara tanda puasa kita bukan puasa orang beriman… Ini kerana , hanya orang-orang beriman sahajalah yang berpuasa semata-mata kerana Allah dan dapat meninggalkan segala perbuatan maksiat serta bersungguh-sungguh mentaati segala perintah Allah sepanjang berpuasa termasuk tidak sekali-kali meninggalkan solat atau mencuaikannya….

Apabila itu semua dilakukan oleh orang-orang yang beriman tadi , maka tecapailah maksud dan matlamat ibadah puasa itu….. iaitulah “AGAR KAMU MENJADI ORANG-ORANG YANG BERTAQWA” sebagaimana ayat terakhir dalam ayat 183 surah al-Baqarah yang telah penulis tuliskan di awal entri ini…. Semoga kita semua mencapai darjat “Mukmin dan Muttaqin” yang diidam-idamkan…..Amiin..

Buku “FIQH AL-JINAYAH”….Sudah terbit…

7 Apr

Alhamdulillah , buku “FIQH AL-JINAYAH” Perbahasan Undang-Undang Jenayah Islam telah terbit….Harga pasaran RM 12.00…Tetapi untuk cetakan pertama ini , pihak kami memberikan harga Diskaun iaitu RM 10 sebuah. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya bolehlah mendapatkannya dengan cara seperti dibawah :

1) Bank-in kan / transfer duit buku RM10.00 ke Akaun Maybank Penulis , Mohd Rafizal bin Zulkifli : 162021408897

Tambahan RM 6.00 dikenakan sebagai bayaran POS LAJU.

– Maka jumlah ialah = RM 16.00

2) Selepas bank-in duit / transfer , sila sms kepada penulis di no. 019-2265507. Sms kan nama penuh dan alamat rumah / pejabat untuk diposkan buku tersebut.

p/s : hanya sms yangdihantar sebelum jam 2.00 petang sahaja yang akan dipos buku tersebut pada hari itu juga…dan Insya Allah sampai esok…

Marilah sama-sama kita mempelajari dan memahami Perundangan Allah Azza wa Jalla..Semoga akan lebih kuat Iman dan Taqwa kita kepada ALLAH Rabbul Jalil ….Insya Allah..


Siri Mau’izatul Qulub 2 : ANTARA SAYAP NYAMUK DAN DUNIA

30 Dec

لَوْ كَانَتِ الدُّنْيَا تَعْدِلُ عِنْدَ اللهِ جَنَاحَ بَعُوْضَةٍ مَا سَقَى كَافِرًا مِنْهَا شَرْبَةَ مَاءٍ

“Seandainya dunia punya nilai di sisi Allah walau hanya menyamai nilai sebelah sayap nyamuk, niscaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir seteguk airpun.

(HR. At-Tirmidzi no. 2320)

 

Subhanallah… itukah nilai dan harga dunia disisi Allah swt.Kelihatanya seperti tidak ada nilai langsung disisi Yang Maha Pencipta.Melihatkan maksud dan pengertian sabda Rasulullah saw di atas , sudah cukup membuktikan bahawa dunia yang selama ini kita kejar dengan penuh rasa tamak dan haloba , rupa-rupanya tidak ada nilai disisi Allah swt.Buat apa dikejar benda yang tidak bernilai??Apakah berbaloi jika sepanjang kejar-mengejar ini yang mana sudah pasti ada antara pesertanya yang akan jatuh tersungkur menyembah bumi , tiba-tiba apabila kita sampai di garisan penamat,pengadil atau hakim yang berada disitu dengan tegas mengatakan bahawa pertandingan tadi tidak dikira.Pertandingan tersebut tiada nilai dan sia-sia saja.Yang menang dan yang kalah tak dapat apa-apa.BERBALOI KAH ?

Ingatlah firman Allah swt :

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي اْلأَمْوَالِ وَاْلأَوْلاَدِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيْجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُوْنُ حُطَامًا وَفِي اْلآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيْدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللهِ وَرِضْوَانٌ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُوْرِ

“Ketahuilah oleh kalian, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megahan di antara kalian serta berbangga-banggaan dengan banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang karenanya tumbuh tanam-tanaman yang membuat kagum para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning lantas menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada adzab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (AQ , surah Al-Hadid ayat 20)

 

Lihatlah saudaraku sekalian ! Apabila Allah swt yang mencipta dunia ini pun telah menegaskan bahawa dunia ciptaan-Nya ini tidak ada nilai dan harga disisi-Nya , maka kenapakah kita seperti tidak mahu mempercayainya?.Kenapa kita masih berlumba-lumba mencari dan terus mencari serta menyelongkar dengan rakus dan tamaknya akan harta dan khazanah duniawi ini sehinggga melupakan tuntutan ukhrawi yang memang disuruh untuk kita mencarinya?….

Satu analogi mudah yang boleh kita renung dan fikir-fikirkan ialah tentang seseorang yang membeli kereta jenama Proton.Apabila berlaku sesuatu masalah terhadap kereta yang baru dibelinya , tuan punya kereta akan segera merujuk kepada mekanik dari Pusat Servis Proton.Setelah dilakukan pemeriksaan , maka mekanik tersebut akan mengatakan itu dan ini dan juga kaedah penyelesaiannya sekali.Maka tuan punya kereta tersebut akan mendengar dengan tekun dan teliti.Segala apa yang diterangkan oleh mekanik tadi akan dipraktikkan dengan penuh keyakinan.

Persoalannya sekarang , kenapa tuan punya kereta tersebut tidak menghantar kereta tersebut ke mana-mana pusat servis kereta yang bukan dari Pusat Servis Proton?…Kemudian , kenapa dengan begitu mudah tuan punya kereta tersebut untuk mempercayai dengan yakin segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan oleh mekanik Proton itu?…Jawapannya mudah sekali.Ini kerana segala nasihat dan tunjuk ajar itu datangnya dari mekanik kilang Proton itu sendiri.Dalam erti kata lain ianya ianya adalah dari “TUAN YANG MENCIPTA” kereta tersebut.Maka sudah pastilah ‘yang mencipta’ lebih mengetahui barang ciptaannya.

Tapi mengapa apabila “TUAN PUNYA BUMI” ini dengan jelas dan nyatanya menyatakan tentang betapa tidak bernilai dan berharganya bumi dan kehidupanya , kita seolah-olah tidak mendengar atau tidak meyakini kenyataan tersebut.Malah hari demi hari kita sentiasa berfikir-fikir bagaimana caranya untuk menambah kekayaan dan kekayaan… Benarlah Sabda Rasulullah saw :

لو أن لابن أدم واديا من ذهب أحب أن يكون له واديان ولن يملأ فاه إلا التراب ويتوب الله على من تاب

Sekiranya anak Adam itu mempunyai satu lembah emas , nescaya ia tentu menginginkan untuk memiliki dua lembah emas dan sama sekali tidak ada yang dapat memenuhi mulutnya (keinginannya) kecuali tanah (iaitu Mati).Dan Allah menerima taubat orang-orang yang bertaubat. (HR Imam Bukhari : 11/216 , 217 dan Muslim : 1049)

Apa yang penting , berpada-padalah mencari kekayaan di dunia sehingga tidak melupakan kekayaan dan harta yang perlu dicari sebagai bekal di Akhirat kelak….

Beginilah Islam mengajar kita …..