AL-ISTI’AAZAH…….

Apakah maksud Al-Isti’azah?…. Mudah cerita, ianya bermaksud memohon perlindungan kepada sesuatu yang berkuasa dan mampu melindungi dirinya dari kejahatan atau musuh yang mahu menghancurkannya.

Maka, Al-Isti’azah billah ialah memohon perlindungan atau berlindung dengan Allah swt dari sebarang kejahatan ghaib yang tidak mampu dilihat oleh mata kasar kita, sedangkan kita tahu akan kewujudannya,tetapi tidak mampu untuk menghalangnya atau menghindarinya melainkan dengan berlindung pada Allah swt.

ubat 

UBAT DAN PENYAKIT….

Ketika mana kita ditimpa sesuatu penyakit, maka kita akan bersegera berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan dan bagi mendapatkan ubat-ubat tertentu.Apabila ubat telah diperolehi, kita akan diterangkan oleh pegawai bertugas tentang tatacara penggunaan ubat-ubatan tersebut..seperti, ada ubat yang dimakan sekali atau 2 kali atau 3 kali, selepas atau sebelum makan dan ada juga ubat yang digunakan sebagai ubat sapuan dan sebagainya, jika mahu ubat-ubatan tersebut bertindak dengan sempurna dan dapat memberikan kesan kelegaan yang segera.

Apabila ubat-ubatan itu dimakan tanpa merujuk tatacara penggunaannya , maka ia bukan sahaja merosakkan sistem badan, malah ia kadang-kadang boleh menyebabkan penyakit bertambah teruk.Mudah cerita, kalau nak sembuh dengan segera, maka kenalah iltizam dengan tatacara penggunaan ubat-ubatan tersebut.

Itulah resam dan adat apabila berlindung dan mengharap kepada ubat-ubatan.!!!

quran

AL-QURAN AL-KARIM

Bagaimana pula dengan Al-quran al-karim??…  Bagaimana kaedah perlindungan atau kaedah memohon perlindungan yang digariskan Al-quran??… Mari sama-sama kita kaji… tapi sebelum itu, mari kita selidik, apakah peranan Al-Quran al-Karim terhadap orang-orang yang beriman dan mengapa ia diturunkan ke bumi…..

Allah swt berfirman dalam surah Fusilat ayat 44 :

قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ آمَنُوا هُدًى وَشِفَاءٌ وَالَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ فِي آذَانِهِمْ وَقْرٌ وَهُوَ عَلَيْهِمْ عَمًى

Katakanlah: “Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mukmin. Dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Quran itu suatu kegelapan bagi mereka.

 

Begitu juga dengan Firman-Nya dalam surah Al-Isra ayat 82 :

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian

Kedua-dua ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa Al-quran ada Syifa iaitu penyembuh, penawar dan petunjuk bagi orang-orang beriman.Manakala bagi orang-orang yang tidak beriman , mereka tidak mampu mendengar al-Quran, malah Al-Quran itu merupakan jalan kegelapan bagi mereka.

Ikhwah sekalian….. Sebenarnya kita mahu berlindung daripada apa, atau daripada siapa??…. siapakah atau apakah musuh kita??…. sebab apa kita perlu berlindung??… dan kepada siapakah selayaknya kita memohon perlindungan??…

Mari lihat Firman Allah swt dalam surah an-Nahl ayat 98 :

فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Apabila kamu membaca Al Quran hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk.

Dalam ayat di atas, Allah swt berkata, setiap kali kalau kita mahu membaca Al-Quran, hendaklah kita jangan lupa memohon perlindungan dengan Allah swt dari kejahatan Syaitan yang direjam…. Tahu tak ikhwah sekalian apa maksudnya??… Kalau kita baca dan faham ayat di atas secara literal, maka kita akan beranggapan bahawa setiap kali nak baca quran je kena baca ta’awwuz, memohon perlindungan daripada syaitan… seolah2 waktu nak baca Quran aje kena berlindung dengan Allah dari hasutan syaitan, manakala lepas baca quran, iaitu pada waktu-waktu lain tak payah…tak perlu…!!

Begitu ke ???…. Tak pelik ke kita, kalau itu maksud ayat di atas..sebab kita di ajar untuk membaca ayat2 alquran seperti 3 Qul dan ayat Kursi bila terserempak dengan syaitan atau jin….. Maka sepatutnya tak perlulah kita mohon perlindungan lagi pada Allah ketika baca quran kan..sebab dah tentu jin dan syaitan lari lintang pukang bila dengar kita baca quran…sedangkan bila syaitan dengar azan pun dia dah kepanasan, inikan pula ayat al-quran….

Ikhwah sekalian, ok..cuba kaitkan ayat 44 surah fusilat dan ayat 82 surah al-Isra di atas tu dengan ayat 98 surah an-Nahl…. Nampak tak kaitannya…. Nampak ke tidak??…. Apa?? Tak Nampak??… hehe.. baiklah, biar penulis terangkan…

Firstly , Allah kata, Al-quran adalah penawar, penyembuh dan petunjuk bagi orang-orang yang beriman.Maknanya, bila kita ditimpa musibah atau penyakit, kita kena bukak Al-Quran untuk mencari penawar atau penyembuhnya….  Kemudian, bila kita mahu mencari pentunjuk dan panduan atau pedoman dalam melayari kehidupan di atas muka bumi ini, kita kena bukak juga Al-Quran…kerana Allah dan sebut kat atas tu, bahawa Al-Quran adalah petunjuk bagi orang-orang yang beriman…

Pendek cerita, apa sahaja yang berlaku ke atas kita dan apa sahaja yang kita nak buat atas dunia ni, kena rujuk Al-Quran lah.. Ok.. dah Nampak dah??…dah Nampak ke kaitan 3 ayat di atas… dah Nampak… Alhamdulillah…. Saper tak Nampak, pendek umur.. hehe.

Toyyib, untuk lebih jelas lagi, Setiap kali kita mahu menjadi baik, mahu menjadi soleh, mahu beribadah kepada Allah dan mahu menjadikan Al-Quran sebagai penawar, penyembuh dan petunjuk, Syaitan dan Iblis laknatullah akan menjadi penghalang, pengacau, dan penghasut kepada kita… Kerana syaitan tidak mahu kita berada di jalan yang lurus..ia mahu kita bengkok dan menyimpang dari jalan yang sebenar… menjadikan Al-quran sebagai petunjuk adalah tandanya kita mahu berada di jalan yang lurus.. tetapi ia amat dibenci oleh syaitan..maka ia akan berusaha untuk membengkok dan menyesatkan kita sebagaimana Firman Allah swt dalam surah al-A’raf ayat : 16 :

قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ

Iblis menjawab: “Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus.

Maka ikhwah sekalian….sebab itu lah Allah swt sebut dalam surah An-Nahl ayat 98 di atas tu, setiap kali mahu baca Al-quran kena minta perlindungan daripada Allah swt dari kejahatan Syaitan… yang mana dalam ertikata sebenar ialah, setiap kali kita mahu menjadi baik dan soleh, jangan lupa mohon dan berdoa banyak-banyak pada Allah swt agar Allah swt menyelamatkan kita dari hasutan dan godaan syaitan supaya kita mampu untuk berubah menjadi baik lagi beriman dan seterusnya istiqamah di atas jalan-Nya yang lurus…..amin.

syaitan

Kesimpulannya, Syaitan lah musuh kita dan sesungguhnya wajiblah kita berlindung dengan Allah swt dari kejahatan dan tipu daya syaitan…

Wa Allahu A’alam..

PENDIRIAN PENULIS BERKENAAN ISU KASSIM AHMAD

Kassim-AhmadRamai antara kita termasuk para Asatizah di luar sana yang keliru atau mungkin tersalah dalam menilai isu Kassim Ahmad yang menolak Hadis dan melakukan penghinaan terhadap Agama Allah swt.

Antara mereka , ada yang menilai isu ini sebagai isu dakwah.Maka yang perlu dilakukan kepada Kassim Ahmad ialah dari sudut melaksanakan misi dakwah dengan cara berhujah , berdebat dan berdiskusi dengan Kassim Ahmad..

Ini lah kesilapan yang paling fatal yang dilakukan segelintir manusia yang konon2nya melaksanakan misi dakwah bil hikmah yang meletakkan elemen lemah lembut ,  falsafah dan sebagainya dalam menangani isu Kassim Ahmad.

Sekiranya diperhati dan diperhalusi dengan lebih mendalam, isu kassim Ahmad pada masa ini bukan lagi isu dakwah yang memerlukan satu perdebatan dan perbahasan antara golongan ulama dengan Kassim Ahmad.Ini kerana sepanjang kemunculan  idea2 sesat dan kontroversi dari Kassim Ahmad sudah berkali-kali sesi debat dan perbahasan dilakukan antara kassim Ahmad sendiri dengan golongan Ulama.

Sebagai buktinya saya bawakan kronologi perdebatan antara Kassim Ahmad dengan para Ulama berkenaan idea2 sesatnya itu:

1)    1986 : Pusat Islam pernah mengadakan sesi debat dengan Kassim Ahmad yang mana kumpulan dari Pusat Islam diketua oleh Al-Fadhil Dr. Ahmad Awang. ( Bekas Yang diPertua Persatuan Ulama Malaysia dan bekas Naib Presiden serta Ahli majlis Syura PAS)

2)    28 Jun 1986 : ABIM pernah mengadakan muzakarah bersama Kassim Ahmad di Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya yang diketuai oleh Timbalan Presiden ABIM ketika iaitu Dr. Abd Halim El-Muhammady dan hasil daripada perdebatan tersebut ABIM telah menerbitkan buku bertajuk : ISLAM DAN AL-HADITH , DIALOG BERSAMA KASSIM AHMAD – Satu Analisis ke atas usaha-usaha merosakkan peribadi dan autoriti Rasulullah saw – cetakan 1991 dan 1995.

3)    1987 : Debat Kassim Ahmad dengan Team / Pakar Syariah dari Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Satu lagi kekeliruan segelintir daripada kita apabila ia menyamakan isu Kassim Ahmad dengan Isu dakwah terhadap golongan kafir seperti kisah Nabi Ibrahim yang berdakwah dengan Raja Namrud  dan begitu juga ada yang menyebut2 nama Dr Zakir Naik dan Ahmad Deedat yang boleh menarik ramai kalangan pendengarnya untuk menerima Islam ,hasil daripada penerangan dan perdebatan dengan golongan kafir.

Apakah mereka ini semua tak tahu atau buat2 tak tahu bahawa apa yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim , Dr Zakir Naik dan Ahmad Deedat adalah lebih menjurus kepada berdakwah terhadap golongan kafir yang bukan dalam lingkungan syahadah.. Adalah tidak sama kesannya , antara orang kafir yang membenci Islam dengan orang Islam sendiri yang membenci Islam…begitu juga tidak sama kesannya antara orang kafir yang menimbulkan kekeliruan terhadap Islam jika dibandingkan dengan orang Islam sendiri yang menimbulkan kekeliruan, apatah lagi jika orang itu berpontensi mempengaruhi orang lain untuk sama-sama mempercayai apa yang dihujahkan..

Atas dasar inilah Saidina Abu Bakar r.a bertegas memerangi golongan Islam yang tidak mahu membayar zakat selepas daripada kewafatan Rasulullah saw…. Kenapa Abu Bakar tidak membunuh terus orang2 kafir yang wujud ketika itu, walhal mereka sememangnya ada..

Ikhwah sekalian , Sesungguhnya isu Kassim Ahmad pada masa ini adalah isu kemungkaran yang wajib dicegah.Ini kerana , sekiranya kita kata perlu debat dan berbahas, maka ianya telah pun dijalankan belasan atau puluhan tahun yang lalu dan hasilnya, Kassim Ahmad masih berdegil dan tetap dengan pendiriannya.Pendirian yang sangat merbahaya terhadap Islam dan Umatnya..

Amat malang dan sangat2 pelik apabila segala ajaran sesat yang pernah bertapak di Malaysia,telah dicantas dan diperangi habis-habisan oleh kita semua termasuk pihak pemerintah seperti Darul Arqam, Rasul Melayu , Kerajaan Langit Ayag Pin, Bahai , Ahmad Laksamana, Hasan Anak Rimau , Ajaran Tuhan Haron dan berbagai2 lagi…tapi apabila sampai kepada Ajaran Kassim Ahmad, kita semua mahu berdebat lah , berbahaslah, bersopan santun lah…. Apakah tidak cukup sesat dan menyalahi syarak segala apa yang dilontarkan oleh Kassim Ahmad… Apa istimewanya Kassim Ahmad??.. Pelik sungguh.. Malahan Salman Rushdee juga difatwakan sesat dan halal darahnya untuk dibunuh oleh ramai ulama dan badan agama dunia setelah kemunculan Novel sesatnya yang bertajuk The Satanic Verses.

Apakah kita mahu Kassim Ahmad terus-terusan mencipta pengaruh dan pengikutnya sendiri,akibat daripada sikap berlemah lembut kita yang sibuk berfalsafah dengan mainan jiwa???….  Sedarkah kita semua, selagi isu ini tidak ditangani dengan segera , sesungguhnya kita telah mencipta lebih ramai lagi Kassim Ahmad…

Berbalik kepada point saya di atas berkenaan isu Kassim Ahmad adalah isu kemungkaran.. Nabi saw telah menyebut panduannya dalam menangani kemungkaran sebagaimana sabdanya :

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

“Barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangannya, jika tidak mampu dengan lisannya dan jika tidak mampu lagi cegahlah dengan hatinya.Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.”

(Hadis riwayat Imam Muslim : 70) 

Daripada hadis di atas, jelas kepada kita bahawa setiap kemungkaran yang dilakukan hendaklah dicegah dan pencegahan yang digariskan oleh Baginda saw adalah bermula dengan Tangan.. kemudian lisan dan yang akhirnya adalah hati.

Apakah maksud kata2 Nabi saw ini??,…. Para ulama menafsirkan hadis ini , bahawa setiap kemungkaran yang dilakukan hendaklah dicegah dengan kuasa iaitu ianya menjadi satu kewajiban terhadap pemerintah untuk menghalang dan menyekat segala perbuatan maksiat yang boleh mengundang kemudharatan terhadap rakyat lain.Ini bermakna tugas membenteras kemungkaran adalah di tangan pemerintah atau siapa sahaja yang mempunyai kuasa.

Ini lah yang menjadi asas kepada tindakan Saidina Abu Bakar ketika memerangi golongan yang tidak mahu membayar zakat dan inilah juga yang menjadi pegangan kerajaan dalam siri2 pembenterasan ajaran2 sesat sebelum ini.

Kenapa Nabi saw tidak meletakkan pencegahan melalui lisan terlebih dahulu.. iaitu berdakwah dengan lemah lembut dan sebagainya??… Ini kerana kemungkaran yang dimaksudkan oleh Baginda ialah kemungkaran yang dilakukan oleh umat Islam yang boleh merosakkan Islam.Sebab itu saya kata di atas tadi , ada beza antara kemungkaran yang dilakukan oleh orang kafir dengan yang dilakukan oleh orang Islam..

Dalam bab pencegahan kemungkaran ini juga ada pembahagiannya iaitu :

1)    Kemungkaran yang dilakukan secara seorang diri atau yang dilakukan ditempat2 terpencil yang tidak diketahui oleh orang lain.

2)    Kemungkaran yang dilakukan secara terang-terangan atau yang melibatkan orang lain.

Antara 2 jenis kemungkaran di atas, jenis ke dua adalah kemungkaran yang wajib dicegah kerana ia akan mempengaruhi orang lain dan seterusnya mengundang kerosakan atau mafsadah terhadap Islam dan umat Islam itu sendiri.Kemungkaran jenis ini lah yang dimaksudkan oleh baginda saw dalam hadis di atas.. Hadis ini juga lah antara hadis yang menjadi asas dalam meletakkan kaedah Saad Az-Zara’ie , iaitu menyekat Jalan-jalan yang boleh membawa kepada kerosakan yang lebih besar.

Manakala kemungkaran jenis pertama adalah kemungkaran yang diberi pilihan samada untuk dicegah atau dibiarkan sebagaimana kisah seorang pemuda dari Bani Aslam yang memberitahu pada Rasulullah saw tentang perbuatan maksiat yang dilakukan oleh seseorang di hujung Madinah, iaitu tempat yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang dan juga perbuatan maksiat tersebut tidak dilihat oleh orang lain kecuali pemuda bani Aslam itu sahaja… Nabi berkata :

يَا هَزَّالُ لَوْ سَتَرْتَهُ بِرِدَائِكَ لَكَانَ خَيْرًا لَكَ

“Wahai Hazzal , sekiranya kamu simpan cerita tersebut dalam lipatan gulungan kain kamu, itu adalah lebih baik bagi kamu” ( Muwattho Imam Malik : 1290 )

Ini kerana , kesan daripada perlakuan maksiat yang tersembunyi dan tidak diketahui orang lain adalah berbeza dengan maksiat atau kemungkaran yang dilakukan secara terang-terangan dihadapan masyarakat yang mana hasil daripada perbuatan kemungkaran secara terang-terangan inilah yang akan merosakkan Islam dan boleh mendatangkan kemudharatan dan kehancuran umat Islam.

Ikhwah sekalian , kesemua ayat2 al-quran dan hadis2 Nabi saw tentang pengharaman dan pencegahan kemungkaran adalah ditujukan khas kepada Umat Islam dan kafir zimmi yang duduk dalam Negara Islam…seperti ayat2 tentang pengharaman Zina , pengharaman Arak , pengharaman melakukan Qazaf , pengharaman mencuri dan merompak , pengharaman murtad , pengharaman memfitnah , pengharaman mengumpat dan sebagainya…

Allah swt juga telah menurunkan bentuk2 hukuman yang perlu dijalankan sekiranya kemungkaran2 atau maksiat di atas dilakukan… dan hukuman2 tersebut apabila dilaksanakan terhadap pesalah akan mencegah orang lain daripada terjebak sama dengan jenayah atau kemungkaran yang dilakukan oleh pesalah tersebut..Ini lah antara hikmah terbesar undang-undang Jenayah Islam sebagaimana yang disebut oleh Abd Qadir Audah dalam At-Tasyri’ Al-Jinaai Al-Islami.Atas dasar ini jugalah Allah swt menyuruh agar hukuman yang dikenakan ke atas pesalah itu disaksikan oleh rakyat dan umat Islam sebagai salah satu strategi pencegahan dari Allah swt sebagaimana Firman-Nya dalam surah An-Nuur ayat 2 :

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

“Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman”

Apabila setiap daripada umat Islam melihat pesalah atau pelaku kemungkaran dilaksanakan hukuman dihadapan mereka , maka sudah tentu aka nada rasa gerun dan takut dalam diri rakyat itu untuk melakukan kesalahan yang sama…Apabila seorang pesalah murtad yang dipancung kepalanya dihadapan ribuan rakyat , maka ini akan menyebabkan orang2 yang baru nak murtad atau yang telah murtad akan kembali beriman kepada Allah swt kerana takut akan dipancung kepalanya..

AmAt malang bila ada yang berpendapat , sekiranya dibunuh seorang Kassim Ahmad akan lahirlah 20 orang Kassim Ahmad yang lain…seolah2 berpendapat bahawa hukuman Allah swt tidak mampu mencegah kemungkaran dan jenayah daripada berlaku.. Inilah jadinya apabila tidak mengaji dan tidak mahu belajar tentang syariat terlebih dahulu sebelum melontarkan idea2 yang hanya berpaksikan kepada akal semata2..

Mungkin akan ada yang mengatakan , adakah ajaran Islam ini lebih kepada ancaman dan ugutan??…. maka jawapan saya “YA”… tak perlulah saya bahaskan disini kerana seseorang yang membaca al-quran akan sentiasa berjumpa dengan ayat2 ancaman dari Allah swt dengan siksaan api neraka yang Maha pedih terhadap golongan2 yang derhaka atau yang melakukan kemungkaran dan maksiat, malahan terdapat juga ayat yang melaknat golongan2 tersebut samada laknat dari Allah atau pun Malaikat atau pun makhluk yang boleh melaknat.

Sebab itu saya berpandangan isu Kassim Ahmad adalah isu kemungkaran yang wajib ditangani secara kuasa pemerintahan sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan terhadap ajaran2 sesat yang lain.. sesungguhnya dalam kita berpolemik antara nak berdebat dan nak tangkap sahaja kassim Ahmad ini , pengikut dan pengkagum kassim Ahmad akan terus tercipta dan lahir ke muka bumi Malaysia ini… apatah lagi dalam keadaan Kassim Ahmad juga ada menulis buku yang disifatkan oleh Al-Fadhil Ustaz Dr Ahmad Awang sebagai buku yang 100% bercanggah dengan manhaj dan Akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan sangat merbahaya terhadap umat Islam.

Kesimpulan daripada penulisan saya ini ialah , Isu Kassim Ahmad telah masuk kepada fasa pencegahan bukan lagi perdebatan kerana perdebatan telah pun berlaku dan ianya masih berdegil dengan pendiriannya..Lagi lama kita membiarkan Kassim Ahmad bebas diluar sana , maka lagi ramailah umat Islam yang berpewatakkan Kassim Ahmad lantaran mereka melihat tidak ada satu tindakan pun yang dikenakan kepada Kassim Ahmad disebakan kelemahan pemerintah dan juga sikap segelintir dari kita yang menganggap isu ini adalah isu dakwah yang perlu kepada perdebatan dan hujjah….sedangkan perdebatan dan perbahasan telah pun berlaku puluhan tahun dahulu… Silap2 antara kita yang sibuk nak berdebat dengan kassim Ahmad ni pun tak lahir lagi masa debat Kassim Ahmad tu berlaku…

Ini lah kekeliruan segelintir umat Islam terhadap isu Kassim Ahmad..

 

 

BUKU “FIQH AL-JINAYAH” (HUDUD)

Alhamdulillah. … SUDAH TERBIT! ! 

Atas permintaan ramai, maka buku Fiqh al-Jinayah, Perbahasan undang2 jenayah

Islam edisi kemaskini telah diterbitkan dan siap dicetak…. Sesiapa yg berminat

utk memilikinya boleh PM saya.Harga sebuah RM 25 termasuk pos laju.Bagi yg

ingin beli by hand di sekitar Lembah Klang, Putrajaya, Kuala Lumpur, boleh

dapatkan semasa kuliah2 saya di masjid2 atau surau2 dgn harga hanya RM20

sebuah…. ketebalan muka surat : 216..

COVER JENAYAH

1

3

MAKLUMAN PENUNDAAN PROGRAM ‘BENGKEL CINTA SOLAT SYABAB’

ASSALAMUALAIKUM…

DIMAKLUMKAN BAHAWA PROGRAM ‘BENGKEL CINTA SOLAT SYABAB’ BERSAMA IMAM MUDA ASYRAFF DAN USTAZ MOHD RAFIZAL YANG SEPATUTNYA BERLANGSUNG PADA 1 MEI 2013 INI DITUNDA PADA 31 MEI 2013 ATAS SEBAB-SEBAB YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN,TERUTAMA PERTEMBUNGAN DENGAN PESTA BUKU ANTARABANGSA DAN PILIHANRAYA KE 13.

INSYA ALLA , KITA JUMPA PADA 31 MEI 2013 NANTI…

BENGKEL CINTA SOLAT REMAJA.

image

Jom sahabat sekalian… jom kita penuhkan masa cuti kita 1 Mei ini dengan majlis Ilmu seperti poster di atas… insya Allah akan memberi manfaat kepada kita semua…. 🙂 .

Blog at WordPress.com.

Up ↑