HANTAR SOALAN FEQH

KEPADA SESIAPA YANG INGIN MENGEMUKAKAN SOALAN SEKITAR PERMASALAHAN FEQH , MAKA BOLEHLAH MENGHANTAR SOALAN TERSEBUT KE RUANGAN SOAL JAWAB FEQH AL-AHKAM.NET. SOALAN ANDA TERSEBUT , IN SYA ALLAH AKAN DIJAWAB OLEH PENULIS ATAU PARA PANEL FEQH YANG LAIN.

UNTUK MENGHANTAR SOALAN SILA KLIK DI BAWAH INI :

SEMUA SOAL JAWAB FEQH YANG TERDAPAT DALAM LAMAN BLOG INI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KOLEKSI SOALAN-SOALAN FEQH YANG DIJAWAB SENDIRI OLEH PENULIS SAMADA DI LAMAN AHKAM.NET ATAU PUN DI PROGRAM-PROGRAM KULIAH MINGGUAN DAN BULANAN SEKITAR KAJANG DAN SEREMBAN , NEGERI SEMBILAN.

52 thoughts on “HANTAR SOALAN FEQH

Add yours

  1. Salam,saya nak minta pandangan ustaz..apa hukum lelaki memakai cincin suasa?sebahagian mereka mengharuskan dan sebahagian lagi mengharamkan..

    1. Assalamualaikum ustaz,
      Saya ingin bertanya satu soalan,perbuatan riba adalah haram disisi agama islam.contohnye kad kredit.soalan saya,jika saya ingin membeli rumah,bagaimanakah saya ingin mengelakkan diri daripada perbuatan riba ini kerana semua bank dimalaysia ini ada caj interestnya dan interest ini adalah riba.harap ustaz dapat jelaskan kerana hendak beli secara tunai,memang takkan ada duitnye..
      Assalamualaikum.

      1. Wa’alaikumussalam..maaf sbb lmbt reply.

        Apa yang boleh saya cadangkan ialah membuat pembelian rumah menggunakan loan atau pinjaman perumahan yang berteraskan islam.Sekarang ni pinjaman perumahan yang berteraskan islam boleh didapati di banyak bank2 konvensional , tidak terhad pada bank islam dan bank muamalat sahaja.

        Sebagai contoh Maybank Islamic , AmBank Islamic , Rhb Islamic dan banyak lagi.

        WA.

  2. salam ustaz..
    saya baru kehilangan bayi dalam kandungan saya yang berusia 8 bulan..kini bayi saya masih didalam perut ini kerana menurut doctor pakar saya hendaklah menungu sakit bersalin seperti biasa.Untuk melakukan induse atau pembedahan mungkin saya akan mengalami beberapa resiko kesihatan.

    1.Soalan saya adakah hukum disisi islam membolehkan bayi yg sudah meninggal didalam perut sehingga sakit bersalin itu datang sendiri.

    2. Dimanakah letaknya roh-roh bayi yang meninggal sebelum dilahirkan di sisi Allah

    1. Salam , maaf kan saya kerana lambat membalas persoalan saudari…Memang saya telah lama tidak membuka laman blog saya ini atas kesibukan dengan tugasan-tugasan.

      Mengenai dengan kandungan yang telah mati dalam kandungan.Saya tidak menjumpai perbahasan ulama yang membolehkan kandungan yang dah mati itu dibiarkan untuk berada dalam perut ibunya.Ini kerana secara logiknya , jasad yang telah mati akan membusuk dan boleh menyebabkan implikasi kesihatan yang lebih buruk terhadap ibu janin tersebut…

      Walau bagaimana pun , sekiranya memang terdapat kenyataan dari sudut perubatan , bahawa jika bayi itu dikeluarkan akan mengakibatkan nyawa si ibu terancam dan pihak hospital dapat menjaga kandungan tersebut daripada membusuk dan mereput dengan kaedah-kaedah yang tertentu , maka ia dibolehkan dalam Islam.Ini kerana dalam hal-hal yang melibatkan perubatan , sesuatu hukum akan ditetapkan setelah melalui perbahasan dari sudut perubatan….

      WA

  3. salam,saya ingin tahu apakah asal usul babi dan anjing menurut dalam ayat quran dimana tuhan menghramkan ummat islam menyentuhnya..

  4. salam ustaz.seorang lelaki yang telah berkahwin didapati berzina dengan seorang wanita.sekarang wanita itu hamil 3 bulan.isterinya ingin mohon cerai,pada pandangan ustaz adakah ini penyelesaian terbaik?si isteri tertekan.apakah perlu perkahwinan dipertahankan sedangkan suami teruk?adakah akan ada implikasi kepada nasab/anak yang bakal dilahirkan?mohon jasa baik ustaz untuk memberi pandangan & cadangan

  5. salam, saya ingin tahu…

    pengaruh islam dalam pentadbiran, pendidikan dan kebudayaan.

  6. Salam..diharap pihak agama memberi jawapan dgn secepat mungkin,fikiran saya terlalu kusut dgn masalah ini…begini keadaannya..
    saya iz mpunyai teman wanita bernama ija,dan kami ini adalah sepupu rapat..iaitu ayah kandung saya dan ayh kandung ija adalah adikberadik LELAKI..ayah saya anak pertama,ayah ija anak kedua..persoalan nye ialah,boleh kah saya iz berkahwin dgn ija?? (iaitu sepupu sendiri yg memang rapat hubungan keluarga kerana ayah kami berdua adalah adikberadik kandung)..adakah akan muncul masalah wali?adakah haram kami berkahwin?kerana ada yg mengatakan kami tdk boleh berkahwin kerana waris kuat?dan kerana saya boleh menjadi wali kepada ija?dan juga kerana ayah kami berdua adalah adikberadik,akan muncul masalah wali,waris dikemudian hari..saya berharap sangat dpt membantu saya dengan menjawab persoalan ini..saya insan yg hina lg jahil tentang agama,bantulah saya dengan memberi keterangan yg jelas mengenai isu kahwin sepupu ini..
    harap pihak anda membalas msg nie kepada email saya sendiri..malaylegend@yahoo.com..
    sekian trima kaseh byk2..salam..

  7. Assalamualaikum…
    Saya perhatikan kebanyakan disurau2 selepas
    solat fardhu imam/orang awam mesti berubah tempat untuk solat sunat bakdiyah(sunat selepas fardhu)…
    mengapa misalnya orang awam tidak solat sahaja ditempat dia solat fardhu tadi?????

    1. Wa’alaikumussalam…

      Mungkin mereka berpandukan kepada pendapat sesetengah individu dalam masyarakat melayu yang berpegang dengan suatu riwayat bahawa , makin banyak tempat solat kita maka makin banyak syafaat yang akan diperolehi diakhirat nanti iaitu setiap tempat yang kita solat akan menjelma menjadi satu lembaga diakhirat kelak untuk menjadi saksi kepada Allah swt atas ketaatan yang dilakukan.

      APa yang jelas , setakat pengetahuan penulis , penulis tidak menjumpai hadis tersebut.Apa yang jelas , terdapat hadis yang menyebut bahawa solat seseorang itu lebih afdhal di masjid kecuali dirumahnya.

      Begitu juga dengan hadis yang menyebut suruhan baginda saw agar tidak menyambung satu solat dengan solat yang lain kecuali setelah bercakap atau keluar. (HR Imam Muslim : 1463)

      WA

  8. assalamualaikum…

    saya ingin bertanyakan kpd ustaz berkenaan perkara yang menjadi kekeliruan kpd setiap ibu-ibu yang telah melahirkan anak. Soalan saya:

    Adakah wajib kepada semua perempuan untuk mandi wiladah setelah melahirkan walaupun darah yang keluar bersama nifas. Ada pendapat yg mengatakan terangkatnya wiladah apabila keluar darah ketika melahirkan. maka apabila seseorang perempuan itu mandi wiladah adalah haram. dan mandi wiladah hanyalah wajib apabila berank tanpa keluarnya darah. sekiranya keluar darah tidak perlu mandi wiladah..

  9. assaamualaikum..

    1) sila lihat senario ini.

    isteri didapati keluar bersama lelaki lain. isteri cuma mengatakan itu mereka hanya kawan biasa. selangberberapa bulan, suami menemui teman bicara melalui internet. suami berbicara secara manja dengan teman onlinenya tetapi tiada bermaksud sebagai pasangan kekasih.

    suatu hari isteri syak lalu meminta kata laluan bagi komputer suami. isteri marah lalu mengatakan “sekiranya abg ada bini2 (kekasih lain) yang lain.. kita bercerai!”..

    suami khuatir kerana terdapat gambar teman onlinenya disitu.suami mengatakan “ok” tanpa bermaksud untuk menceraikannya. tpi untuk menyembunyikan perkara ini.

    selang berberpa hari, isteri menjumpai emel-emel suaminya dengan teman online nya itu. dan marah. lalu meninggalkannya.

    soalannya.. bagaimanakah halnya tentang perceraian itu? adalah sah bercerai atau tidak?

    terima kasih.

    RONNY

  10. assalamualaikum ustaz..
    soalan saya,
    adakah perlu bg seorang mualaf untuk melakukan aqiqah untuk dirinya?
    jika perlu,adakah bahagian yang perlu diaqiqah sama seperti bahagian yg diperuntukkan kpd bayi?

  11. Assalamualaikum wbt.

    Ustaz,saya mempunyai soalan yang ingin dikemukakan dan mengharapkan jawapan dan penjelasan ustaz ikut hukum islam.Begini ustaz,saya telah bernikah dan pernah juga jatuhkan talak terhadap isteri saya sebanyak 2 kali(masa yang berlainan)kerana masalah yang tak dapat dielakkan dan merujuk kepadanya sebelum masa iddah yang dipersetujui oleh isteri saya(kedua-dua perceraian ini juga telah diadukan pada mahkamah syariah).Masalahnya rujuk yang pertama kami lakukan dengan mempunyai saksi dan dilakukan dimahkamah syariah didepan hakim tetapi rujuk yang kedua pula saya lakukan dan dipersetuju oleh isteri sebelum masa iddah tapi tanpa saksi dan kami tidak pula mengadukan pada mahkamah syariah hingga ke hari ini,kami juga telah menerima surat cerai dan kalau mengikut undang-undang negeri dan mahkamah syariah perceraian kami adalah sah.Soalannya ialah adakah rujuk yang kedua saya itu sah dalam hukum islam tanpa saksi(apa yang saya ketahui rujuk tidak perlu saksi)dan ingin juga saya perjelaskan bahawa rujuk kedua yang dipersetujui isteri itu dilakukan semasa lawatannya melihat saya dalam tahanan(penjara)dan setelah saya dibebaskan kami teruskan kehidupan kami sebagai suami isteri.Dari itu saya amat sangat mengharapkan penjelasan dari ustaz mengenai status kami dari hukum-hukum islam.Wasalam.

    Terima kasih.
    Md Fairos

    Ps: Jika tak jadi keberatan,tolong hantarkan jawapan ke email saya md5ros@hotmail.com

  12. salam ustaz..sy nk mintak bahan2 yg agak detail untu kertas projek berkaitan msalaih mursalah sbgai sumber hukum..hrp ustaz blh bantu..saya pelajar tahun akhir di darul quran JAKIM..mohon perkongsian dgn ustaz..

  13. Salam Ustaz,
    Saya betul terkeliru bagaimana sebenarnya hukum darurat dengan kadar yang diizinkan.Adakan perempuan yang ingin bersalin dibolehkan berjumpa dr lelaki.Berbagai rujukan telah saya lakukan tetapi saya masih buntu untuk menentukan bagaimana darurat yang sebenarnya.untuk mendapatkan khidmat dr wanita di hos. swasta tinggi kosnya tetapi boleh menanggung hutang rumah dan kereta.Apakah alasan2 seperti ini boleh diguna pakai.Saya memohon pendapat ustaz untuk meleraikan kekeliruan ini.Terima kasih

  14. Assalamualaikum..

    Saya ingin bertanya,perlukah saya aqiqahkan bayi saya yang meninggal dalam kandungan?

  15. Assalamualikum,

    Ustaz, saya nak tanya, apakah lafaz arab utk qada atau ganti solat yang tertinggal. Adakah seperti”usolli fardu subhi rakataini qadaan lillahi taala”?apakah wujud kalimah qadaan??kemudian, adakah terdapat wirid selepas solat hajat?terima kasih

    1. Wa’alaikumussalam wth….

      Jika mengikut pendapat dalam mazhab Imam Syafie , memang begitulah lafaz niatnya iaitu dengan ditambah perkataan ‘Qodhoan’… tetapi apa yang penting ialah , niat kita untuk mengerjakan solat qodho itu sudah cukup dan memadai tanpa menyebut lafaz niat..

      Apa yang dimaksudkan dengan wirid selepas solat ialah zikir2 yang dibaca selepas daripada solat fardhu.Walaupun begitu , tidak salah jika saudara ingin berzikir menyebut dan memuji serta mengagongkan Allah swt pada setiap kali selesai menunaikan solat samada fardhu atau sunat…Allahu A’alam…

      WA

  16. Assalamualaikum,

    ustaz saya ada kemusykilan tentang solat sunat rawatib dan waktu haram melakukan solat:
    1. selepas asar diharamkan menunaikan solat hingga terbenam matahari.Adakah maksudnya ia berlarutan hingga sblm azan maghrib??
    2.Apa yg dipelajari di sekolah solat2 sunat rawatib ialah 2 rakaat sebelum subuh,2 rakaat sblm dan selepas zohor, 2 rakaat sebelum asar,2 rakaat selepas maghrib dan 2 rakaat sblm dan selepas isyak.

    persoalannya:
    2.1. Saya mendapati ada buku yg menyatakan ada solat sunat 2 rakaat sblm maghrib(tdk muakkad).jadi klu ada yg menunaikan solat itu pd waktu sebelum maghrib(sekiranya haram pada waktu itu, menjawab soalan satu di atas)apakah hukum solat itu?
    2.2. manakala dlm buku lain juga menyatakan solat sunat rawatib asar 4 rakaat(tidak muakkad).Kalau demikian kenapa dlm buku sekolah menyatakan sunat 2 rakaat sebelum asar?ia sangat mengelirukan..harap dpt dijelaskan.

    3. Adakah hukum “dibolehkan” itu sama dengan “harus” dan “sunat”.
    4. Apakah hukum jatuh di tempat bekas anjing dan menyentuh anjing?terima kasih

    1. Salam,

      Ustaz, saya musykil dengan persoalan ini. Apakah yang perlu dilakukan kepada seseorang dalam keadaan ini.
      “Ali berada di suatu tempat yang tiada sumber air dan tidak dijumpai air atau padang pasir.Suatu malam dia bermimpi dan esok didapatinya dia dalam keadaan berhadas besar.bagaimana dia ingin bersihkan diri atau mandi hadas dan menunaikan solat fardu?solat fardu tidak boleh dilakukan sekiranya dalam keadaan berhadas.Terima kasih.

  17. apakah hukum mejual barangan yang dimiliki dengan harga yang lebih tinggi.Contohnya saya membeli buku atau jam tangan dengan harga 30 ringgit dan menjualnya dengan harga 35 ringgit.Adakah itu riba?TQ

  18. Salam ustaz,

    Apakah perlu diubah niat kepada “menjadi imam”seperti keadaan ketika individu itu solat bersendirian lalu didatangi individu yg lain dengan menepuk bahu individu tersebut untuk berjemaah?

    sekiranya perlu,Adakah ia dikira “berubah niat” iaitu batal solat.

    TQ

  19. assalamualaikum,
    ustaz saya ada msalah dalam undang syariah islam dan ingin minta pendapat usataz apa ke jalan yang terbaik sya boleh lakukan..
    macam ni masalah dia ustaz..sye dan girlfriend sye saling mncintai antara satu sama lain,dia pernah lari dari rumah ikut sye ke bandaraya sebab ayahnya menghalang hubungan kami..dia tak dapat merestui hubungan kami ustaz..setelah bapanya tahu yang anaknya bersama saya,dia minta anaknya suruh pulang dan berjanji akan mengahwini kami..tapi setelah anaknya balik,dia mendesak anaknya untuk membuat laporan polis dan mengugutnya akan memukulnya kalau dia tak mahu,dia pun terpaksa membuat laporan polis kes rogol..tapi polis bagi tahu saya yang kes kami masih dalam siasatan tapi tak cukup bukti..polis suruh pujuk bapanya untuk berkahwin supaya kes dapat di selesaikan secepat mungkin..saya dan keluarga saya da masuk meminang sebanyak empat kali tapi bapanya tetap tak mahu terima pinangan saya usataz…jadi apakah saya perlu buat ustaz?? kami saling mencintai dan ingin berkahwin..

  20. salam

    ustaz saya nak tahu adakah orang yang mengazankan solat fardu boleh menjadi imam bagi waktu solat tersebut??hukumnya bagaimana?

    kedua, adakah hiburan itu haram?sebab saya ada baca hiburan diharuskan pada situasi tertentu.Adakah lelaki yang menari zapin atau tarian melayu yang lain juga dikira haram??TQ

  21. saya ingin bertanya ,mengikut hadis Rasullah kita digalakkan membaca al-quran setiap malam terutamanya surah al-mulk,al-waqiah,surah yassin secara tetap untuk mendapat keberkatannya..soalan saya
    1.Bolehkan wanita dalam haid membacanya dalam hati untuk mendapat keberkatannya supaya bacaan tersebut sentiasa berterusan tanpa putus sebagaimana galakan Rasulullah itu?

    2.Pembacaan ayat di atas hanya menggunakan buku-buku yang mengandungi surah-surah pilihan yang banyak terdapat di pasaran bukan menggunakan kitab Alquran ,bolehkah perempuan haid memegang buku tersebut dan membacanya dalam hati setiap malam?

  22. Assalamualaikum ustaz…saya ingin bertanya…apakah yg dmaksudkan dgn zaman Al Muwafaqat yang berkait rapat dgn perkembangan ilmu usul fiqh…dan kedua…apakh contoh penyelidikan dlm ilmu biologi dan astronomiyg mngunakan kaedah usul fiqh di dalamnya??Harapdpt jwpn…

  23. salam….
    ustaz blh x terangkan ttg abu husayn al-mu’tazili dan hasil karyanya iaitu al-mu’tamad. apa isi yg dbncg melalui hasil kerjanya dan sumbangan beliau dalam usul al-fiqh.
    tq….

  24. ustaz..tolong saya.. saya ingin benar solat di surau di taman tempat tinggal saya…tetapi setelah mendengar satu kuliah agama, penceramah yang mengatakan HARAM hukumnya bersolat di masjid atau surau yang didirikan oleh orang bukan Islam jika tanah air atau negara itu diperintah oleh org Islam, sy jadi takut untuk bersolat di surau taman saya kerana ia dibina oleh pemaju yang bukan Islam. Saya minta jasa baik ustaz jelaskan tentang hukum solat di masjid atau surau yang didirikan org bkn Islam.

    1. Ringkasnya , jika pembinaan tersebut adalah termasuk dalam syarat2 yang perlu dipenuhi oleh pemaju sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pemerintah , maka hukumnya adalah harus dan dibolehkan.

      Sama juga hukumnya bagi setiap pemilik shoping kompleks yang mempunyai pekerja Islam , maka wajib baginya mendirikan Surau dalam bangunan pusat membeli belah tersebut sebagai memenuhi keperluan pekerja tersebut yang beragama Islam serta sebagai syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa atau pemerintah.

      WA.

  25. assalamualaikum…saya seorang pelajar yang sedang menunutut di sebuah universiti tempatan disini..soalan saya apakah hukum jinayat yang berbentuk mandub,sah,batal dan mani’ beserta dalil quran dan sunah..bolehkah sesuatu hukum tersebut yang sebenarnya haram bertukar menjadi hukum lain atas sebab tertentu besesrta dalil..mohon ustaz jelaskan dengan lebih lanjut

  26. Assalamualaikum,saya ingin minta pendapat ustaz mengenai ilmu dari kitab Tajul Muluk dalam menentukan tarikh yang baik untuk pernikahan.Selain itu,apakah hukum bagi orang yang mempercayai kitab tersebut dan dari manakah asal usul kitab tersebut?di harap ustaz dapat membantu saya.

  27. Assalamualaikum..sy ingin brtanya adakah boleh membaca ‘BASMALAH’ ketika hendak msuk ke tandas dan semasa berada di dlam tandas..? Saya betul2 keliru kerana kawan sy ckap tidak boleh membacanya semasa hndak msuk ke tandas..harap tuan boleh jelaskan kekeliruan sy ini..

    1. Secara ringkas nya,memang kita dilarang daripada membaca ayat2 suci al-quran didalam tandas..maka,cara yg paling baik dan paling selamat ialah agar tidak membacanya walau pun ketika mahu mengambil wudhuk,apatah lagi bahawa bacaan basmalah itu adalah merupakan perkara2 sunat dalam berwudhuk.

      Maka seeloknya tidak perlulah menyebutnya secara jahr (kuat@jelas) melainkan menyebutnya didalam hati.

      WA

  28. inginkan kepastian adakah jatuh talak dalam situasi berikut
    suami isteri bergaduh lalu isteri meminta cerai kerana suami sering melakukan perkara yang menyakiti hati isteri tetapi suami tidak mahu bercerai dan berjanji akan berubah tetapi sebaliknya tetap mengulangi perbuatannya

    1. Ringkasnya , cerai adalah sesuatu yang mesti dilafazkan samada secara sorih atau kinayah.Lafaz secara sorih tidak memerlukan niat untuk mensabitkannya.Manakala lafaz kinayah memerlukan niat.Kesimpulannya ,selagi tidak ada ucapan / lafaz cerai yang dibuat , maka talak tidak jatuh.

      WA

  29. Assalamualaikum wrt wbt.

    Ustadz saya ingin bertanya adakah sebarang dalil dalam Al-quran yang membenarkan kita melupuskan kalamullah tersebut, atau yang berkaitan dengannya. atau adakah sebarang dalil untuk cara pelupusan yang betul.

    terima kasih Ustadz..

  30. salam ust. saya de ambil 1 insurans. sy diberitahu oleh perantara insurans bahawa insurans ni disahkan oleh badan islam dan berlandas syarak. selepas 3 tahun saya dgr dlm 1 program tv mengatakan insurans yg tiada perkataan takaful bukan berlandaskan islam. saya mula mendapatkan maklumat ttg insurans ni dan mmg benar ia konvensional. skrg sya sudah memberhentikan potongan insurans ni dan saya diberitahu duit potongan sy selama ni lbh krg 3 ribu tak kan dipulangkan. masalahnya sy sudah mendapat dividen bg 3 tahun pertama sebanyak RM1500. boleh tak sy guna duit tersebut? apakah duit itu masih dianggap riba? mohon penjelasan.

  31. assalamualaikum..
    “saya ada masalah besar,minta ustaz tolong bantu:
    semasa saya remaja, sy agak liar dan gemar beronani (astaghfirullah), apabila sya dpt sdikit hidayah, saya berazam utk tggalkan tabiat sya itu..jadi SAYA TELAH BERNAZAR UNTUK BERPUASA SEHARI JIKA SAYA BERONANI, maksudnya sekali beronani=1 hari puasa…niat saya untuk jadikannya sbgai kifarah dosa sya…persoalannya :
    1.ADAKAH NAZAR SAYA ITU SAH?
    2. PERLUKAH SAYA TUNAIKAN NAZAR SAYA ITU JIKA SAYA MELAKUKAN PERBUATAN KEJI TERSEBUT?
    3. APAKAH YANG PERLU SAYA LAKUKAN SEKARANG (mgkin ada sbrang denda,etc)
    terima kasih ustaz…saya takut umur sya x pnjang sblum sya setelkan masalah sya ini..”

  32. salam.ustaz sya nk tanya jika seseorang itu bernazar sesuatu,adakah dia perlu melunaskan puasa ganti yg wajib terlebih dahulu atau trus lunaskn puasa nazar yg diniatnya? *minta supaya dijelaskan..

  33. Assalamualikum ustaz> > Saya hamba Allah,saya nak tahu yg saya kata kn selepas memujuk > isteri saya pulang krumah dan isteri saya tidak mahu ,sedangkn > dia hamil,dan saya telai mengatakan macam ini lah,”aku lepas kn > engkau selepas anak itu lahir sebulan selepas itu kau bleh balik > krumah orang tua mu”sebanyak 3 kali mgatakan tapi tidak sekali > gus mengatak bealat alat semasa memujuk.padahal saya tidak ada > niat atau tfikir nak mcerai kan isteri saya hanya untuk > meredakan sitiuasi kami aja dan tujuan saya pun mgatakan apabila > dia setuju kata2 saya  dia akan pulang dan pada masa itu > lah saya cuba membaikkan rumah tangga kami.jadi nya ada kah > jatuh atau tidak talak ustaz?demi Allah saya tidak ada teniat > utk mceraikan isteri saya sayangi.Assalamualikum ustaz> > Saya hamba Allah,saya nak tahu yg saya kata kn selepas memujuk > isteri saya pulang krumah dan isteri saya tidak mahu ,sedangkn > dia hamil,dan saya telai mengatakan macam ini lah,”aku lepas kn > engkau selepas anak itu lahir sebulan selepas itu kau bleh balik > krumah orang tua mu”sebanyak 3 kali mgatakan tapi tidak sekali > gus mengatak bealat alat semasa memujuk.padahal saya tidak ada > niat atau tfikir nak mcerai kan isteri saya hanya untuk > meredakan sitiuasi kami aja dan tujuan saya pun mgatakan apabila > dia setuju kata2 saya  dia akan pulang dan pada masa itu > lah saya cuba membaikkan rumah tangga kami.jadi nya ada kah > jatuh atau tidak talak ustaz?demi Allah saya tidak ada teniat > utk mceraikan isteri saya sayangi.

    1. Assalamualaikum…..

      Secara ringkasnya, Talak tidak jatuh kerana berdasarkan kepada kata2 saudara bahawa saudara tidak terniat langsung untuk menceraikan isteri saudara ketika lafaz tersebut dikeluarkan….Niat saudara hanya untuk meredakan keadaan…..kalau itulah niatnya , maka talak tidak jatuh dan saudara masih suami yang sah kepada isteri saudara…. Wa Allahu A’alam..

  34. assalamualaikum ustaz, apakah hukum seorang doktor muslim melakukan pembedahan keatas anjing & khinzir. sy harap ustaz dpt menyertakan dalil quran/hadith/ijma’ulama’.

  35. penambahan soaln diatas : moga dalil yg diberikan berkaitan soalan diatas & berkaitan tidak haram menyentuh haiwan tersebut, hanya haram memakannya. & perlunya samak apabila menyentuhnya. wassalam alaik.

  36. assalamualaikum. saya seorang guru. soalan: bolehkah seorang guru membetulkan kedudukan solat anak muridnya sekiranya terdapat kesilapan kaifiat yang kecil seperti kedudukan tangan ketika qiyam. jika boleh apa hujahnya. jika tidak, juga berikan hujahnya. mohon pencerahan

  37. Asmualaikum ustaz, sy ingin bertanya dan ingin kn penceraha dari ustaz…sy ade seorang kawan perempuan yang telah bercerai dengan suami nya, iaitu seorang mualaf..tapi masih bersekedudukan kerana bekas suami nya menangung anak2 dan bekas isteri dia…keluarga bagi kedua-dua belah pihak tidak mengetahui tentang penceraian itu kecuali ayah kepada kawan perempuan saya ini…tetapi mereka tidak tidur bersama2 lagi..tetapi mereka tidur di ruang tamu rumah bersama dengan ank2 mereka…mintak pencerahan dari ustaz..Asmualaikum…

  38. Apakah Hukum Hasil Pendapatan Bulanan Dari Sebuah Syarikat Parking

    Assalammualaikum Ustaz . Maafkan saya sekiranya mengambil masa Ustaz untuk membaca mail saya ini.

    Saya ada Soalan Berkenaan Gaji Bulanan Saya yang dibayar oleh majikan. Apakah status hukum Kutipan Parking yang mengenakan kadar bayaran parking seperti berikut;

    KADAR BAYARAN

    7.00AM – 12.00 AM – 0.65 SEN BAGI 30MIN DAN SETERUSNYA.
    12.00AM – 7.00 AM – RM2.10 SEKALI MASUK.

    0.65 SEN sudah termasuk GST.

    Sebagai contoh
    1. pelanggan masuk parking selama 47min telah dikenakan caj sebanyak Rm1.30

    2. pelanggan masuk parking selama 1 jam 59min telah dikenakan caj sebanyak Rm2,60

    3. pelanggan masuk parking selama 5 jam 42 saat telah dikenakan caj sebanyak Rm6.50

    Kesimpulan pelanggan yang parking selama 33min sudah dikenakan bayaran sebanyak rm1.30 . sedangkan bayaran rm1.30 untuk 30min. Maknanya sekiranya pelanggan parking selama 31min sudah dikenakan rm1.30.

    Soalan saya
    -Apakah status hukum gaji bulanan saya ?

    Terima Kasih Ustaz kerana membaca mail saya ini. tolong saya ustaz sebab ini melibatkan periuk nasi saya dan keluarga.

    1. Wa’alaikumussalam…

      Mudah cerita, hukum gaji Tuan adalah halal dan harus digunakan sebagai sara hidup.Ini kerana, setiap pelanggan yang meletakkan kenderaannya di tempat parking tersebut telah maklum dan mengetahui bahawa bayaran bagi tempoh2 tertentu ketika meletakkan kenderaan… walaupun terlebih seminit dua… Dan apabila pelanggan itu telah meletakkan kenderaan disitu, bermakna itu merupakan isyarat persetujuan dan penerimaan dia terhadap bayaran tersebut….walaubagaimana pun, sekiranya tempat parkir tereta itu kita yang punya, maka kita boleh memberi ihsan kepada pelanggan yang cuma terlebih satu dua minit… tetapi jika kita hanya sebagai pekerja, maka kita tidak boleh melakukan sedemikian kerana kita dianggap telah melanggar syarat perjanjian tugasan kita… maka ketika itulah gaji kita menjadi syubhat…

      Wa Allahu A’alam.

Leave a reply to Mohd Rizal Cancel reply

Blog at WordPress.com.

Up ↑