BUKU “FIQH AL-JINAYAH” (HUDUD)

Alhamdulillah. … SUDAH TERBIT! ! 

Atas permintaan ramai, maka buku Fiqh al-Jinayah, Perbahasan undang2 jenayah

Islam edisi kemaskini telah diterbitkan dan siap dicetak…. Sesiapa yg berminat

utk memilikinya boleh PM saya.Harga sebuah RM 25 termasuk pos laju.Bagi yg

ingin beli by hand di sekitar Lembah Klang, Putrajaya, Kuala Lumpur, boleh

dapatkan semasa kuliah2 saya di masjid2 atau surau2 dgn harga hanya RM20

sebuah…. ketebalan muka surat : 216..

COVER JENAYAH

1

3

LANJUTAN KISAH ZIARAH MAKAM HUD AS

Ini adalah buku yang ditulis oleh seorang ulama Yaman , Asy-Syaikh Ahmad Hasan al-Mu’allim yang membongkar kegiatan “ahli-ahli kubur” yang belum mati.Buku ini ditulis dengan tujuan untuk memberitahu masyarakat , apakah sebenarnya amalan ziarah makam yang menjadi amalan ‘wajib’ golongan sufi di Hadramout.

Fokus penulisan tersebut ialah tentang amalan-amalan bid’ah dan sesat yang terdapat dalam program ziarah makam Nabi Allah Hud as….

SANTAI SEKEJAP….

Malam ni , rasanya tak ada apa yang hendak dicoretkan…..Tiba-tiba , terasa ringan tangan ni untuk membelek majalah-majalah berbahasa arab yang sempat saya beli semasa di Yaman.Antara yang menjadi pilihan saya setiap bulan ialah majalah Al-‘Arabi al-Soghir.

Majalah tersebut merupakan majalah untuk kanak-kanak.Saya melazimkan membelinya , kerana disamping ianya menggunakan gaya bahasa Arab Fushah yang mudah difahami , ianya juga amat berguna untuk bacaan anak saya yang sulong.

Sedang saya belek-belek , tiba pada satu ruangan yang disebut sebagai Thoroif wa Ibtisamaat.Satu ruangan yang menghimpun karya-karya lawak dari para peminat dan pembaca seluruh tanah arab yang menghantarkan hasil karya mereka ke majalah tersebut.

Ha…ha…ha…nak pecah perut juga bila dibaca lawak-lawak mereka tu semua….ha..ha..haa…. Kemudian tetiba terasa ingin berkongsi sama dengan pembaca sekalian akan lawak-lawak tersebut…maka dibawah ini saya coretkan beberapa cerita yang sempat say abaca kembali :

Cerita 1 : Kali pertama

Seorang wanita telah menaiki sebuah teksi and kemudian semasa dalam perjalanan , wanita tersebut berkata kepada pemandu teksi tersebut : “Jangan laju sangat wahai saudara , kerana ini adalah kali pertama saya menaiki teksi” Lalu dijawab oleh pemandu teksi tersebut : “Jangan takut puan , sebab saya juga baru pertama kali bawa kereta…kira samalah kita”

Cerita 2 : Gila

Seorang doctor bertanya kepada seorang pesakit : “Kenapa mereka semua menghantar kamu ke Hospital gila ni ?” Lalu berkata si pesakit tadi : “Saya merasakan mereka tu semua gila , akan tetapi mereka tu semua pula merasakan saya ni yang gila.Maka hendaklah kita berpegang dengan pandangan Jumhur”……..

Cerita 3 : Uzur

Seorang pelajar yang tidak datang ke sekolah tanpa uzur telah menelefon guru besar sekolahnya dengan menggaraukan suaranya seolah-olah meniru suara bapanya dan dia berkata kepada guru besar tersebut : “Hello guru besar , anak saya Salim sakit sejak semalam dan tidak dapat hadir ke sekolah.Saya minta jasa baik tuan agar dapat memberinya cuti.”

Berkata guru besar : Boleh saya tahu siapa yang bercakap ni?”…..Lalu ia berkata : “Saya ialah anak dia….”

Cerita 4 : Gagal

Seorang bapa memarahi anaknya yang gagal dalam peperiksaan 2 tahun berturut-turut : “Kenapa kakmu gagal lagi seperti tahun lepas??….Lalu jawab anaknya : “Sebab guru-guru bagi soalan tahun lepas”…

Cerita 5 : Kenalan.

Seorang lelaki telah pergi ke rumah sahabatnya karibnya yang selalu diziarahinya.Sampai dihadapan pintu rumah tersebut ia pun mengetuk pintu rumah dan tiba-tiba anak tuan rumah itu pun membuka pintu.Lelaki tersebut berkata : Apa khabar?”…..Adakah bapa awak ada dirumah?… Budak itu menjawab : “Ada”….Lelaki itu bertanya lagi , : “Kenal tak siapa niiii?…. Budak lelaki tersebut terus berlari mendapatkan bapanya sejurus mendengar soalan tersebut dengan berkata kepada ayahnya : Ayah…ayah…diluar tu ada orang yang tak tahu siapa diri dia..

Cerita 6 : Surat beranak.

Seekor ayam bertanya kepada seekor kambing : “Kenapa masa hari raya korban yang lepas , kamu tidak dikorbankan? Kata kambing : “Sebab bapa saya tulis dalam surat beranak , saya ni ayam”……..

Begitulah serba sedikit ceritanya …..ha…ha…haa…..

UNTUK SI EGO…..

Malam ini , terdetik di hati penulis untuk mencadangkan kepada insan-insan yang merasakan diri itu terlalu bagus daripada orang lain satu buku yang baik untuk dibaca dalam melatih diri menjadi insan yang sentiasa tawadhuk dan bersikap merendah diri dalam semua keadaan……. Apa lah yang nak di ‘ego’kan ……Apa lah yang nak dibanggakan dengan ‘kelebihan’ dan ‘keistimewaan’ yang ada pada diri tu , sehingga menjadikan hati tu keras seperti batu dengan tidak mahu mengakui kesilapan diri sendiri……

Bacalah buku yang penulis cadangkan ini dengan penuh rasa keinsafan …… Penulis yakin , in sya Allah selepas buku tersebut dibaca , anda akan merasakan satu perubahan yang mesti dilakukan lantaran penulis buku tersebut juga memang seorang insan yang memang terkenal dengan sifat tawadhuk dan rendah dirinya……

SELAMAT MEMBACA…..

SENARAI LAMAN WEB FATAWA ISLAMIAH

Ramai antara pengirim email , bertanyakan kepada penulis tentang laman-laman web Fatawa seluruh dunia yang boleh dipercayai dan dijadikan rujukan dalam kajian dan isu-isu semasa….

Maka , untuk tidak menghampakan anda semua , dibawah ini adalah senarai laman web tersebut.In sya Allah , boleh dijadikan rujukan.

SENARAI LAMAN WEB FATAWA MUA’SIRAH

www.raddadi.com
www.sultan.org/a/
www.islamway.com
www.saaid.net
www.zuhayli.com

فتاوى الشيخ ابن باز
http://www.binbaz.org.sa/tree.asp?t=bab4

فتاوى الشيخ العثيمين
http://www.binothaimeen.com/cgi-bin/enews/viewnews.cgi?category=8&id=1015018089

الفتاوى من موقع الشبكة السلفية
http://www.salafi.net/fatawa.html

مركز الفتوى
http://islamweb.net/pls/iweb/fatwa.fatwa_first

الفتاوى الاقتصادية
http://fatawa.al-islam.com/default.asp

الاسلام سؤال وجواب للشيخ المنجد
http://www.islam-qa.com/index.php?ln=ara

الفتاوى الطبية من موقع تداوي
http://www.tadawi.com/htm/fatawa.htm

باحث الفتاوى
http://www.sultan.org/f/

نور على الدرب
http://www.islamway.com/arabic/images/lessons/darb/darb.htm

بنك الفتوى
http://www.islam-online.net/fatwa/arabic/searchfatwa.asp

الفتاوى الكبرى لابن تيمية
http://feqh.al-islam.com/bookhier.asp?DocID=27&Mode=0

فتاوى من موقع الرقية الشرعية
http://www.alroqia.com/al3olama/index.html

الفتاوى الجامعة للمرأة المسلمة
http://geoan99.tripod.com/Al-Fatwa1.htm

فتاوى عن متلازمة داون
http://www.bdss.org/islam.htm

فتاوى اون لاين
http://www.fatwa-online.com/

فتاوى من موقع الجبيل نت
http://fatawaweb.com/

الفتاوى الشرعية
http://islamic-fatwa.net/

فتاوى من موقع الأوقاف الكويتيه
http://www.awkaf.net/haje-ftw/index.html

الفتاوى من موقع رسالة الإسلام
http://www.islammessage.com/fatawa/a/

فتاوى القرآن الكريم
http://www.qurancomplex.org/qfatwa/tree.asp

الفتوى بين يديك
http://www.al-eman.com/Ask/

فتاوى مهمة للحاج والمعتمر
http://www.lajna.net/0000/fatawa.htm

فتاوى الطبيب المسلم
http://www.muslimdoctor.net/pages/arabic/Ar_fatawa.htm

فتاوى من موقع الاسلام اليوم
http://www.islammessage.com/ar/modules.php?name=News&new_topic=3

صفحة الفتاوى الشرعية
http://www.madinahnet.net/fatawa/index.html

الفتوى من موقع الشيخ حامد العلي
http://www.h-alali.net/fatawa.php

فتاوى من موقع دار الإسلام
http://www.islamhouse.org/fatwa.php

الفتاوى من موقع طريق الإسلام
http://www.islamway.com/sindex.php?section=fatawamain

فتاوى من موقع العصر
http://www.alaser.net/questions/default.asp

ركن الأسد للفتاوى الشرعية
http://www.alasad.net/fatwa/index.php

الفتاوى الجامعة للمرأة المسلمة
http://alftawa.com/

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑