PROFIL PENULIS

23032348_1553279368044375_8222719267547641634_nMOHD.RAFIZAL BIN ZULKIFLI @ ABU FATHI AL-YAMANI @ AL-JAWHAR @ UMRAY

Lahir pada 20 September 1977 , di Sungai Mati , Muar Johor.

PENDIDIKAN RENDAH

Mendapat pendidikan awal di Sek Keb Ampangan Seremban , Negeri Sembilan , darjah     1.Kemudian ke Sek Keb Sg Layar Sg.Petani Kedah , dari darjah 2 hinggalah ke darjah 4 , sebelum   bertukar ke Sekolah Kebangsaan Kem Terendak , Sg Udang , Melaka dari darjah 5 hingga darjah 6.

PENDIDIKAN MENENGAH  / TINGGI :

Seterusnya penulis meneruskan pengajian ke peringkat Menengah di Sek Men Agama Al-Ahmadi Paya Rumput Jaya , Sg Udang , Melaka dari tingkatan Peralihan ( al-Intiqoliah ) hingga ke tingkatan 3.Selepas PMR , penulis seterusnya menyambung pengajian ke Ma’had Arab Tinggi Bandar Pontian , Ponthian Kecil , Johor , sehinggalah selesai menduduki Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ).

Bermula dari awal tahun 1996 hinggalah pertengahan tahun 2000 , penulis telah mencurahkan bakti dengan menjadi guru Agama di salah sebuah Sekolah Rendah dan Menengah Islam di Bandar Seremban sebelum mendapat peluang menyambung pengajian di Republik Yemen dengan mendapat Ijazah Sarjana muda (BA) Kulliah al-Adab , Pengajian Islam dari Universiti Sains dan Teknologi, Republik Arab Yemen pada September 2001.

Sekembalinya penulis ke Tanah Air pada pertengahan tahun 2006 , penulis mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di Peringkat Sarjana ( MA ) dalam Bidang Syariah , Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaa Malaysia , Bandar Baru Bangi.

KERJAYA

Penulis adalah Pengarah Urusan di UMRAY ENTERPRISE, Pengarah Eksekutif / Cheff  di UMRAY KATERING dan juga merupakan seorang penceramah bertauliah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Giat menyampaikan dakwah / ceramah serta kuliah-kuliah pengajian samada mingguan atau bulanan di Masjid-masjid , surau dan Syarikat-syarikat Swasta di sekitar Selangor , Kuala Lumpur , Putrajaya ,Seremban, dan Terengganu

Isteri NurulHuda Muhamad juga merupakan lepasan Universiti Al-Yamaniah, Republik Arab Yemen( BA ) Kulliah Tarbiah , Pengajian Islam.Mempunyai 4 orang cahaya mata ,Muhammad Fathissalam , Nurul Hani Syazwani , Nurul Iman Insyirah dan Nurul Afina Tasneem

PENGALAMAN :

1) Guru Agama 8 tahun
2) Ketua Jabatan Feqh Al-Ahkam.net
3) Ustaz Jemputan Tanyalah Ustaz TV 9 dan Panel Menjawab Soalan (Chatbox) Tanyalah Ustaz TV9
4) Pensyarah Jemputan Institut Tadbiran Islam Malaysia (INTIM) Ipoh, Perak..
Panel Forum2 Umum.
5) Panel Forum Undang2 Jenayah Syariah Hudud dan kesesatan Syiah..
6) Penulis Buku.

47 thoughts on “PROFIL PENULIS

Add yours

  1. salam ustaz.. huhu.. baru tau ustaz jawhar pun ade blog.. tau pun dari ustaz ali punye blog.. tahniah ustaz.. salam ziarah..

    *mintak kebenaran ustaz utk copy n paste artikel yg baik dlm blog ustaz yea..

  2. salam , ust kenal abg adli siddqie bin minghat?

    __________________________________________

    Salam Kembali…..Adli yang mana ?….Adakah Adli yang duduk kal K.L dan sekarang dah berkahwin?…. Kalau Adli yang itu , ana kenal la…..kalau yang lain , mungkin tak kenal kot….dia belajar Hadramout ke??. Daripada nama dia tu nampak macam belajar kat hadramout je…

    WA

  3. Assalamualaikum Ustaz,
    boleh sy dptkan email ustaz.

    sy ada kemusykilan utk ditanya.

    sekian terima kasih

  4. Salam kembali ya M7……

    Heheheh…pandai sungguh enta melawak noo…..

    Kalau ana keturunan syed… dah lama ana pi nadah kitab ngan Habib-habib yang ada kat Hadramout Yaman nun….. pastu balik-balik , ana gi tawaf kubur2 yang ada kat mesia ni…hehehe

  5. aslmkm ust. ape maslahnya dgn hadramaout tu?. depa tu tawaf kubur ka ziarah?.
    kalau dah kata ada adab khilaf, kenapa pula tak amalkannya … kenapa ad perli2

  6. Salam akhi aki watanabe……

    Khilaf kepada perkara yang tidak menyentuh bab aqidah dan kepercayaan adalah tidak mengapa….lebih-lebih lagi khilaf dalam bab furu’ dan hukum hakam feqh…..

    Tapi kalau dah menjadi WAJIB ziarah dan TAWAF KUBUR setiap hari jumaat dengan disertai zikir-zikir dan meratib tu apa kebendanya??……Real punya depan mata kepala sendiri..

    Banyak lagi perkara-perkara pelik yang mereka buat…..tak yah ana sebutkan…. kalau nak tahu lebih lanjut , enta pergi sendirilah kat hadramout tu….

    WA

  7. Assalamualaikum Ustaz,

    Saya mohon untuk mendapatkan email ustaz bagi menyelesaikan kemusykilan saya soal Syiah Sunni.

    email saya nikahmad1 di alamat gmail.com

  8. Assalamu’alaikum ustaz,

    Apa pandangan ustaz, andai saya menyimpan sejumlah wang yang, insyaAllah, mencukupi untuk perbelanjaan beberapa tahun. kemudian ana berhenti kerja dan pergi menuntut ilmu agama di Yemen. Tolong nasihati saya. saya tgh bercadang pergi ke yaman atau syria. Allahu’alam. tak tahu yang mana terbaik. semoga Allah menunjukkan jalan.

    email saya: haikal4eva@yahoo.com

    1. Memang itulah caranya kebanyakan pelajar-pelajar yang sudah berkahwin dan berumur lakukan….Mereka akan duduk di Yaman setahun dua atau lebih bersama2 dgn keluarga semata-mata untuk menuntut Ilmu di bumi yaman..

      Bagi saya , jika itu adalah pilihan saudara , disamping mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menyara anak2 dan isteri,maka teruskanlah.Jika saudara masih belum berkahwin lagi baik.Kerana saudara tidak perlu memikirkan tentang tanggungan dan sebagai nya.

      Apa pun yang saudara lakukan , hendaklah mengambil kira semua keadaan,agar ianya tidak membebankan saudara di kemudian hari.

      WA

      1. Segala puji bagi Allah yang telah menggerakkan hati ustaz untuk reply pertanyaan saya. Semoga Allah merahmati ustaz di atas nasihat yang diberikan. Ustaz, di madrasah mana saya boleh menuntut ilmu? boleh kah ustaz beri sedikit nasihat lagi pada saya? cadangkan tempat mana patut saya pergi. semoga Allah melindungi saya dari masuk madrasah yang tidak diredhaiNya.
        saya tidaklah pergi dalam masa terdekat, kerana saya nak settlekan segala apa yang perlu diselesaikan dan mengumpul duit, insyaAllah. saya sudah berkahwin, anak satu. isteri saya pon bersetuju. Alhamdulillah, Allah memberikan taufiqNya kepada saya juga kepada isteri.
        email saya: haikal4eva@yahoo.com

      2. Salam kembali….

        Pertama sekali , saya ingin bertanya….apakah bentuk pengajian yang ingin saudara ambil…Maksud saya , ada antaranya yang mendalami ilmu bahasa arab sebagai alat untuk memahami islam melalui kitabnya Al-quran dan Al-Hadis…

        Ada juga yang menyambung pengajian agama , lantaran dirinya memang berasal dari aliran agama semasa sekolah menengah.Cuma tidak berkesempatan untuk meneruskan pengajian atas sebab2 tertentu , terutama kawangan.

        Ada juga yang ingin mendalami al-quran dan hadis dengan cara bertalaqqi dengan syaikh2 untuk mendapatkan sanad-sanad tertentu.

        Jadi , apakah bidang ilmu yang saudara pilih ketika saudara membuat keputusan untuk menuntut ilmu di Bumi Iman dan Hikmah , Bumi Yaman.

        WA

    1. Salam kembali…..

      Atas dasar apa enta berkata demikian?….

      Nickname ana di Al-Ahkam.net memang Al-Jawhar…Tetapi di Al-Fikrah ana tidak ada nickname , sebab ana bukanlah ahli atau pun Panel di Al-Fikrah.

      Harap Maklum.

      WA

      1. Terima kasih…
        Saya tanya sebab terlihat Ustaz adalah Abu Fathi al-Yamani. Ok, maknanya dua Ustaz yang berbeza. Terima kasih.

  9. Dulu di sekolah, saya bukan dari aliran agama namun Alhamdulillah, Allah telah menemukan saya dengan beberapa ustaz untuk membimbing saya belajar baca Al-Quran sejak kecil. Saya sudah hafal beberapa juzuk dan Saya ingin meneruskan usaha menjadi hafiz Al-Quran termasuk belajar arab kemudian belajar tafsir Al-Quran. Dulu semasa saya melalui hidup remaja, saya termakan hasutan syaitan, kemudian Allah menemukan saya dengan cahaya islam kembali hanya dengan membaca terjemahan Al-Quran. ia membuatkan saya bersemangat untuk menghafal Al-Quran termasuk menghafal seluruh maknanya. kerana hanya dengan faham maknanya, saya faham hidup ini dan insyaAllah, rasa sentiasa dibimbing. sebelum ni cuba berubah tapi kalah, cuba berubah lagi, tapi kalah. bila faham Al-Quran, saya terus berubah tanpa pandang kebelakang kembali. Indah sangat rasanya bila faham apa matlamat Al-Quran diturunkan. Indahnya, nikmat iman ini.. tak pernah saya rasa, rasa ini. jikalah kawan-kawan saya dapat rasakan. insyaAllah, jika satu hari saya sudah ada ilmu, saya ingin kembali dan berkongsi ilmu pada masyarakat, kerana saya sangat percaya, masyarakat perlu faham makna Al-Quran, bukan setakat baca. inilah petunjuk yang dapat membetulkan masyarakat. kerana saya dulu seperti mereka. Semoga Allah merahmati ustaz. dan Allah Maha Baik, sentiasa bantu hambaNya.

    1. Alhamdulillah….kagum sungguh saya pada semangat dan cerita saudara ini….

      Memang di yemen , kalau di ibu negara iaitu San’aa ada 2 pusat pengajian yang amat sesuai dengan pilihan yang saudara buat , iaitu Jamia’ah Al-Iman dan Kulyatul ‘Ulya lil Quranil Karim.

      Kedua2 pusat pengajian tersebut adalah percuma , tanpa perlu membayar yuran pengajian.Malah kalau di Jami’ah Al-Iman , tempat tinggal samada bujang atau berkahwin di sediakan.Kitab2 di berikan percuma begitu juga dengan makan dan minum…Pengajian di situ juga adalah yang terbaik.Ini kerana ia di bimbing oleh syeikh2 yang hebat2 seperti Syaikh Abd Majid Az-Zindani , Syaikh Dr. Abd Karim Zaidan , Syaikh Dr.Abd Wahab Ad-Dailamy dan ramai lagi ulama Kibar Yemen…Tapi di Jami’ah ini tidak hanya ditumpukan kepada pembelajaran Al-Quran sahaja..Ia merangkumi semua ilmu Islam seperti Hadis , dan ilmu2 syariah yang lain.Malahan kalau belajar hadis itu , ia akan belajar dari kulit ke kulit. Tempoh pengajian untuk peringkat asas sahaja selama 7 tahun.Sebab itu , pelajar yang tamat belajar di situ , in sya Allah akan menjadi seorang yang Hafiz , Faqih dan Alim…

      Manakala , Kulyatul ‘Ulya lil Quranil Karim pula adalah pusat pengajian yang khusus dalam ilmu2 Al-quran.Ia hanya ada 2 Fakulti sahaja .Iaitu Fakulti Tafsir dan Fakulti Qiraat..disamping menghafaz al-Quran.Cukup 4 Tahun pengajian , insya Allah akan menjadi seorang yang Hafiz (Tamat hafaz 30 juzuk dalam masa 4 tahun pengajian ) dan Alim dalam ilmu2 Al-quran.Di pusat pengajian ini hanya yuran sahaja percuma , tapi tidak disediakan tempat tinggal , malahan buku2 juga kena beli sendiri….

      Masalah yang mungkin timbul ialah , pembelajaran ke dua2 pusat pengajian ini adalah dalam bahasa Arab….Maka , saya cadangkan agar saudara mempelajari dahulu bahasa arab di Markaz Lughah di Yemen untuk tempoh paling minima setahun…selepas daripada itu barulah saudara mendaftar diri di mana2 pusat pengajian tersebut.Ini kerana suatu kerugian yang teramat sangat bilamana saudara tidak dapat memahami pembelajaran yang dijalankan atas sebab masalah bahasa.

      Begitu juga , untuk masuk mendaftar di dua2 pusat pengajian tersebut perlu melalui proses muqobalah (temuduga) yang mana antara yang di temuduga ialah hafalan Al-Quran sekurang2nya 5 juzuk…

      Saya harap apa yang saya tulis ini dapat sedikit sebanyak membantu saudara…in sya Allah..

      WA

      1. Terima kasih ustaz.
        InsyaAllah, saya akan terus usaha.
        Mudahan satu hari kita boleh bertemu apabila saya sudah bersiap sedia untuk ke yaman.

        Allah Maha Baik, sentiasa bantu hambaNya.
        Alhamdulillah.

  10. Ustaz,
    kedua-dua madrasah tu, ada limit umur yang ditetapkan untuk masuk? saya sekarang sudah 27.

    1. Tentang Madrasah Darul hadith Dammaj , bagi saya , saya tak rekemenkan… Ini kerana Madrasah tersebut di asaskan oleh Syaikh Muqbil Hadi Al-wad’iee , seorang ulama di Yemen yang agak keras dalam manhajnya….Termasuklah ia pernah mengeluarkan kenyataan2 yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang ulama kepada seorang ulama lain……

      Cukup kalau saya katakan bahawa , pegangan syaikh Muqbil dan para penuntutnya adalah terlalu syadid (Keras) dalam satu-satu masalah…. sebab itu ramai pelajar malaysia yang pernah ke sana untuk belajar hadis , tetapi akhirnya pulang semula ke San’aa selepas beberapa ketika berada di sana…

      Tapi , terpulang kepada saudara….Pilihan di Tangan saudara…

      WA

  11. insyaAllah, saya ikut nasihat ustaz.
    Semoga Allah merahmati ustaz sekeluarga.
    Doakan saya ye ustaz supaya saya sentiasa diberi petunjuk Allah dan diteguhkan iman saya ini.

  12. Assalamu’alaikum ustaz,
    Maafkan saya banyak bertanya,

    bulan bila yang paling sesuai untuk saya ke yaman?
    kerana saya perlu plan untuk hantar resignation letter 3 bulan sebelum berangkat ke sana.

  13. Cara ustaz link kepada web pro wahabi sebab tu buat fitnah Habaib Yaman …wahabi memang suka buat fitnah sesama umat Islam ….ustaz2 kita kerap berulang alik malah duduk di sana dan saudara mara ramai di sana tiada kisah tawaf di kubur melainkan ziarah dan Nabi sendiri ziarah kubur sahabatnya …JADILAH BUAT FITNAH DAN SANA’ MEMANG RAMAI WAHABI kepada pelajar2 hati2 Kepada gerakan wahabi

  14. salam ustaz,saya nak tanya ,kalau kita nak belajar ilmu al quran dan hadith sebaiknya kita mesti fasih bahasa arab dulu kan?supaya proses pembelajaran itu lebih lancar dan mudah.Di negara kita dimana tempat yang boleh menyedikan progrem persediaan bahasa arab utk pelajar menyambung pengajian ke negara arab atau ada tak di negara kita tempat belajar intensif bahasa arab komunokasi jangka pendek untuk saya ikuti.

  15. Assalamualaikum ustaz,

    Saya berminat nak hantar anak saya belajar di Yaman. Agak2 kos bulanan kat sana berapa ya? Sebab sesiapa nak pergi ke sana tiada sebarang bantuan yang dapat di usahakan. Jadi saya nak berkira2 belanjanya.

    1. Wa’alaikumussalam.. Maaf kerana lewat membalasnya.

      SEcara keseluruhannya,kos yang diperlukan ialah dalam lingkungan RM 300 ke RM 500… bergantung kepada keperluan..Kos bahan makanan amat murah disana,cuma kos sewa rumah dan peralatan elektrik sahaja yang agak standard dengan Malaysia..

      Walaubagaimana pun Puan dinasihatkan berhubung dengan laman Facebook rasmi persatuan pelajar di yaman untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat bersesuaian dengan keadaan semasa dan terkini.

      Ini link url laman facebook persatuan pelajar Malaysia Yaman : https://www.facebook.com/PERMAYA

      Wa Allahu A’alam.

  16. Assalamualaikum Saya berharap dan bercadang menghantar anak saya belajar di Yaman
    Dan ingin mengetahui syarat dan apakah sepatutnya persediaan yg perlu.
    Anak ini masih belajar di Sek. pondok .

Leave a comment

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑