AYAM DISUNTIK DENGAN VAKSIN BABI

Salam alaikum, sy nk tanya, sekiranya ayam disuntik dgn vaksin yg diperbuat daripada babi, bolehkah ia dimakan?

Bismillahi wal hamdulillah,

Al-Jawab :

Dalam hal ini , Islam telah menggariskan beberapa perkara atau kaedah yang perlu diikuti oleh pihak saudara terhadap dakwaan tersebut.

Yang pertama ialah : saudara perlu betul-betul pasti dan memastikan bahawa ayam yang saudara ingin beli itu memang disuntik dengan enzim babi atau tidak.Jika betul ianya berlaku maka , kaedah al-Jalalah boleh diguna pakai ( sila rujuk tatacara kaedah tersebut dalam Perbahasan Fiqh Sunnah oleh As-Syaikh thtl ) .Itu pun sekiranya ayam tersebut saudara membelinya dalam keadaan masih hidup.

Qarar (kenyataan) atau fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fiqh Sedunia yang bersidang di Dar Al-Baidho’ pada bulan Jun 1997 , telah menyebutkan : “Sesungguhnya bahan-bahan tambahan yang dicampurkan kepada makanan yang asal bahan tersebut adalah najis dan haram , akan berubah menjadi bahan yang halal dan harus dari segi syarak melalui 2 jalan :

1. Proses al-Istihalah ( proses perubahan bentuk dari segi zat , sifat )

2. Proses al-Istihlak ( proses pemusnahan bentuk dari segi bau , rasa dan warna )

Proses al-Istihalah ialah proses yang menyebabkan sesuatu ain bahan tersebut berubah daripada suatu bentuk kepada bentuk yang lain dan bahan tersebut masih lagi wujud.Cuma berlaku proses perubahan bentuk sahaja.Apabila ini berlaku maka hukum terhadap sesuatu bahan itu juga akan berubah daripada haram atau najis kepada halal atau bersih.Begitu juga daripada halal atau bersih berubah hukumnya kepada haram atau najis.

Seperti contoh :

1. Hukum asal najis berubah kepada bersih : Najis / tahi ayam , lembu , kerbau dan sebagainya ,apabila diproses ia akan berubah menjadi baja yang diigunakan untuk tanaman.Maka dalam hal ini tahi binatang tersebut yang asalnya najis yang tidak boleh dimanfaatkan telah pun bertukar hukumnya boleh dimanfaatkan setelah melalui proses al-Istihalah.

2. Hukum asal halal atau bersih bertukar kepada najis atau kotor : Makanan yang masuk dalam perut kita setelah diproses iaitu melalui proses al-Istihalah , maka ianya akan berubah kepada najis dan kotor iaitu berubah kepada tahi atau muntah.

Maka hukumnya berubah.

Manakala proses al-Istihlak ialah proses dimana , zat atau ain bahan tersebut telah musnah dan hilang sama sekali dari sudut bau , warna dan rasanya.Ini bermakna apabila bahan najis atau haram tadi disuntik atau dicampurkan pada ayam tersebut , sekiranya selepas daripada beberapa hari atau ketika , bahan tersebut telah pun ternyah atau hilang dengan sendirinya dari sudut baunya , warnanya dan rasanya sudah tidak ada lagi pada jasad ayam tersebut, maka ayam tadi boleh dan halal dimakan.

Ini berbeza dengan kes sosej yang dibuat daripada usus babi pada suatu ketika dahulu.Ini kerana dalam kes seperti itu memang jelas pada kita bahawa zat atau ain bahan tersebut memang ada dan ianya tidak akan hilang.Maka bahan tersebut tetap dihukumkan haram.

Secara kesimpulannya , pada saya ianya terpulang pada iindividu tersebut.Saudara boleh menggunakan kaedah al-Jalalah sekiranya saudara masih tidak yakin kebersihan dan keharusan memakan ayam tersebut pada ketika saudara membelinya semasa ayam itu masih hidup.

Manakala saudara juga boleh membeli ayam yang sudah disembelih yang dijual dipasar-pasar dengan menyakini bahawa ayam tersebut halal dimakan setelah melalui 2 proses di atas (Al-Istihalah dan Al—Istihlak ) , sekiranya saudara mengetahui bahawa ayam tersebut disuntik dengan enzim haram tersebut.

Tetapi sekiranya saudara masih lagi belum puas hati dan masih ragu-ragu , maka janganlah dibeli ayam tersebut berdasarkan hadis Rasulullah saw :

دع ما يريبــــك إلى مالا يريبـــك

“Tinggalkanlah apa-apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan kamu” ( HR Tirmizi no: 2520 )

Sekian Wa.

Rujukan :

Taudih al-Ahkam min bulughil al-Maram , As-Syeikh Abdullah bin Abd Rahman Al-Bassam , Maktabah Al-Asadi

Majallah Dauriah Muhakkamah , Mujamma’ al-Fiqhi al-Islami , Rabitah al-‘Alam al-Islami bilangan : 13 , 2003

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: