KERENAH ORANG SURAU

Hari ini , pagi ini 7 Januari 2010 penulis dikejutkan dengan satu SMS dari salah seorang Jawatankuasa surau yang menjadi salah satu tempat penulis menyampaikan kuliah.SMS tersebut berbunyi :

“Salam Minta Maaf Ust.Kuliah Ust kena stop dulu.Jemaah complain statement ust…………”

Rasanya tak payahlah penulis nukilkan disini , apakah dia statement penulis yang dikatakan mendapat komen dan kritikan dari jemaah surau tersebut.Takut nanti akan menimbulkan satu lagi kritikan dan komen dari pembaca blog pulak.Bukan penulis tidak mahu dikomen atau tidak boleh dikritik.Tapi sebagaimana yang diketahui , blog ini penulis jarang update kan.Sekiranya nanti setiap komen dan kritikan yang akan wujud dari pembaca sekalian selepas ini , sudah tentu penulis tidak dapat menjawab atau membalasnya lantaran amat jarang sekali boleh melayari internet.Maka pada ketika itu nanti akan menimbulkan persepsi negatif dan buruk sangka masyarakat luar yang membaca blog penulis terhadap penulis……Al-Maklumlah kebanyakkan dari kita ni , lebih banyak yang mendahulukan “Su uz Zhon” daripada “Husnu Zhon” ketika membuat sebarang keputusan dan pendapat.Minta maaflah kalau ada yang terasa.Tapi itulah realiti masyarakat melayu Islam hari ini.

Apa yang membuatkan penulis merasa terkilan sangat-sangat ialah , hanya dengan sedikit kekeliruan (Penulis sebutkan sebagai kekeliruan kerana statement penulis itu difahami dengan pengertian yang dangkal oleh orang-orang yang jahil) sahaja kuliah penulis yang sudah menjangkau 2 tahun itu di’stop’kan dengan katanya “sementara waktu”.Cepat sangat pihak Jawatankuasa surau meletakkan suatu keputusan.

Bagi penulis , apa yang sepatutnya dilakukan oleh Jawatankuasa surau ialah memberitahu penulis tentang kekeliruan yang timbul dari segelintir jemaah berkenaan terhadap statement penulis tersebut dan beri peluang penulis untuk menerangkan atau memperincikan statetment tersebut dengan jelas dan nyata kepada jemaah dalam siri-siri kuliah yang akan datang supaya kekeliruan tersebut dapat diperbetulkan dan persepsi atau tanggapan buruk jemaah kepada penulis boleh dijernihkan kembali.

Cara kedua yang boleh dilakukan ialah , mana-mana individu yang merasa keliru dan ragu-ragu dengan statement / kenyataan penulis dalam mana-mana kuliah yang penulis sampaikan hendaklah terus berjumpa atau bersua muka dengan penulis selepas kuliah untuk meminta penjelasan yang sepatutnya dari penulis.Bukannya membuat tanggapan buruk dan seterusnya menghasut Jawatankuasa suarau supaya menamatkan kuliah-kuliah penulis.

Walaubagaimana pun ada satu perkara yang membuatkan penulis tersenyum sendirian bila mengenangkan kembali SMS dari Jawatankuasa surau tersebut.Iaitu , biasanya penceramah akan ditamatkan kuliah mereka atau tidak dibenarkan terus untuk memberi kuliah di mana-mana surau atau masjid di Selangor ini hanya kerana penceramah tersebut tidak mempunyai “TAULIAH”.Tapi , penulis yang bertauliah ini pun juga terpaksa menerima nasib yang sama seperti mereka iaitu di’rehat’kan seketika…..atau mungkin rehat selama-lamanya.

Inilah dia yang berlaku , apabila manusia meletakkan hawa nafsu sebagai hakim dalam membuat sebarang bentuk keputusan.Semoga Allah senjauhkan kita semua dari bahaya hawa nafsu yang meraja dijiwa bertakhta di hati….Wa Allahu A’alam.

WA

Advertisement

One thought on “KERENAH ORANG SURAU

Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: