SUSAHNYA NAK ISTIQAMAH..

Rasulullah saw menyuruh umatnya agar sentiasa istiqamah dalam melakukan apa-apa sahaja pekerjaan.Lebih-lebih lagi dalam perkara agama….Tapi , apakah dia istiqamah??…..bagaimanakah caranya nak beristiqamah??….Susah tak nak istiqamah??…..ada tak formula yang boleh digunakan untuk sentiasa istiqamah??……dan banyak lagi persoalan yang berlegar-legar di kotak fikiran umat Islam di zaman IT ini……

Bila dah akal fikiran tu dipenuhi dengan nombor-nombor IT , formula-formula IT , dan ntah apa-apa lgi lah yang IT nya , maka tidak hairanlah bila bab nak istiqamah pun , nak kan formula dan cara-cara ‘ekspress’ untuk istiqamah !!……..Bila Allah swt dan Rasul-Nya Muhammad saw menyuruh kita taat pada perintah-Nya , maka yang perlu kita buat ialah taat dan patuh sepenuhnya tanpa ada rasa ragu-ragu dan tidak pula dok sibuk-sibuk tanya itu dan ini , formula itu , formula ini , kaedah itu dan kaedah ini…….Bukankah kehancuran dan kebinasaan umat terdahulu sebelum Nabi Muhammad saw adalah berpunca dari sikap mereka yang mengingkari Nabi mereka dan banyak tanya terhadap pelbagai perkara dalam Risalah yang dibawa Nabi….(mafhum hadis)

Sebab itulah , bila Allah swt perintahkan sesuatu perkara , maka ucapan yang pertama perlu lahir dibibir setiap umat Islam ialah ( ســمعنــا وأطــعــنــا ) “Kami dengar dan kami taat”….Ini kerana tidak lah yang Maha mengetahui akan sesuatu kebaikkan hamba-Nya melainkan Allah swt itu sendiri , selaku Tuhan yang mencipta manusia

Pada kesempatan kali ini , penulis ingin membawakan satu hadis mengenai istiqamah yang diriwayatkan oleh al-baihaqi dalam sunannya (1/76) , Ahmad dalam Musnadnya (5/371) dan al-Daruqutni dalam sunannya juga (3/45) daripada Abi ‘Amrah Sufyan bin Abdillah r.a :

يــا رسول الله ، قل لي في الاســــلام قولا لا أســأل عنه أحــدا غيرك ، قال : قل آمنت بالله ثــم اســتقم.

Maksudnya : “Wahai Rasulullah , ajarkanlah kepada ku berkenaan Islam perkataan yang tidak perlu aku bertanyakan seseorang pun melainkan kamu.”…Sabdanya : Katakanlah : “(Seungguhnya) sebutlah : آمنت بالله ثــم اســتقم ( Aku beriman dengan Allah swt dan kemudian istiqamah )

Begitu juga dengan firman Allah swt dalam surah Hud ayat 112 sebagaimana berikut ::

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلاَ تَطْغَوْاْ إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

“Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”

Dikatakan juga sepotong khabar / kata-kata ulama (bukan hadis) ada menyebutkan :

أفــضل الأعمــال ادومــها وإن قــل

“Sebaik-baik amalan ialah yang berterusan walaupun sedikit”

Sebelum akhir , marilah kita bersama-sama menanamkan azam , tekad dan semangat untuk menjadi insan yang sentiasa istiqamah dalam melakukan setiap pekerjaan….dunia dan akhirat…


2 thoughts on “SUSAHNYA NAK ISTIQAMAH..

Add yours

  1. salam Ustaz,
    tahniah kerana mewujudkan medium utk menuntut ilmu, teruskan.

    Topik ni mmg fav saya, susah ustaz mcm nak perbaiki ya? harap boleh terangkan lagi pd artikel seterusnya.

    sekian

Leave a comment

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑