BURUK SANGKA

Tuan panel , saya ingin bertanya , apakah yang dimaksdukan dengan buruk sangka? Dan bagaimanakah caranya untuk kita membersihkan diri dari sikap buruk sangka ini?….

Syukran.

JAWAPAN :

Buruk sangka adalah merupakan penyakit rohani yang wajib dijauhi oleh umat Islam.Allah swt telah merakamkan betapa bahayanya penyakit rohani ini dalam kalam-Nya Al-Quran Al-karim surah al-Hujurat ayat 12 , sebagaiamana maksudnya :

“Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; …….

Dalam ayat di atas Allah swt menyebut penyakit hati atau rohani yang sangat merbahaya iaitu penyakit dzan (sangkaan).Mempunyai perasaan sangkaan terhadap seseorang , lebih-lebih lagi jika sangkaan itu adalah sangkaan buruk , adalah amat dilarang dalam Islam.Ini kerana kita tidak boleh menilai seseorang dan seterusnya meletakkan satu kesimpulan yang didasari daripada sangkaan semata-mata.

Berbalik kepada soalan saudara , diantara cara yang terbaik untuk kita membersihkan hati daripada penyakit bersangka buruk ini ialah dengan cara kita menjaga hati dan kehidupan kita daripada terjebak kepada perkara-perkara yang tidak sepatutnya.Dengan cara tersebut , sekurang-kurangnya kita dapat menghalang hati kita daripada memikirkan tentang orang lain dengan sangkaan yang bukan-bukan , apabila kita tidak menyibukkan diri kita dengan perkara-perkara yang tidak ada kena mengena dengan diri kita.Sebagaimana sabda Rasulullah saw :

من حسن الاسلام المرء تركه مالا يعنيه

Diantara keelokan (kesempurnaan) Islam seseorang ialah dia meninggalkan apa-apa yang tidak ada kaitan dengannya”

Maka secara kesimpulannya , hendaklah kita menjauhkan diri daripada berprasangka buruk kepada muslim lain kerana berprasangka itu adalah sedusta-dusta percakapan.(Mafhum hadis).Seeloknya , apa sahaja perkara yang tidak jelas dan samar-samar daripada pengetahuan kita , hendaklah kita bersangka baik terhadapnya , kerana dibimbangi kita akan terjatuh kepada melakukan tomahan dan pendustaan terhadap sesama muslim…..wal’iyazu billahi min zalik.

WA

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: