Adakah kita sebagai majikan, bertanggungjawab atas zakat pembantu rumah / bibik Indon kita ..?
___________________________________________
بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد
Tanggungjawab membayar zakat fitrah adalah suatu kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh setiap orang sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw :
Rasulullah saw memfardhukan zakat fitrah dengan satu gantang kurma kering atau satu gantang gandum yang wajib atas hamba atau orang merdeka , lelaki dan perempuan , kecil atau besar dari kalangan muslimin.
(HR Bukhari : 1503 dan Muslim : 2275)
Maka berdasarkan kepada hadis tersebut setiap umat Islam wajib membayar zakat fitrah. Pengeluaran zakat fitrah bagi anak-anak dan isteri serta hamba sahaya adalah dibawah tanggung jawab si ayah atau tuan kepada hamba tersebut seperti hadis nabi saw :
أدوا الفطرة عمن تمونون
Tunaikanlah zakat fitrah atas nama semua yang wajib engkau berikan nafkah.
(HR al-Daruqutni : 2059 , Al-Baihaqii : 7685)
Jelasnya , zakat fitrah bagi hamba sahaya adalah tanggungjawab tuannya , kerana hamba termasuk dalam golongan orang yang wajib diberi nafkah seperti tempat tinggal , makanan dan sebagainya oleh tuan hamba tersebut.
Berkenaan dengan pembantu rumah atau bibik , tanggungjawab membayar zakat fitrah bukanlah tanggungjawab tuan atau majikan pembantu tersebut.Ini kerana pembantu rumah atau bibik tersebut tidak boleh dianggap sebagai hamba sahaya , apatah lagi kebenaran memiliki hamba telah dimansukhkan dalam Islam.
Pembantu rumah atau bibik yang ada sekarang ini bukanlah hamba, tetapi ia adalah pekerja yang dibayar gaji / upah di atas segala tugas-tugas yang dilakukan sama seperti pekerja-pekerja lain yang bekerja dimana-mana sektor samaada swasta atau kerajaan.
Maka dalam hal ini , pembantu tersebut wajib mengeluarkan zakat dengan sendirinya.Walaubagaimana pun ia boleh memberikan wang zakat fitrah tersebut kepada majikannya sebagai wakil bagi pihaknya untuk membayar zakat fitrah tersebut.
WA
Leave a Reply