Hari ni nak menulis pasal Maulidur rasul pulak… Penulis dijemput untuk memberikan ceramah berkaitan dengan Peristiwa Maulidur Rasul di beberapa buah surau , masjid dan juga sekolah-sekolah di sekitar Branang , Mantin , kajang dan Shah Alam.
Apa yang ingin penulis nak komen sikit ialah tentang sikap segelintir manusia dan sahabat-sahabat penulis yang menyalahkan tindakan penulis memenuhi jemputan ceramah ‘Bersempena” tersebut.Kata mereka , perkara tersebut langsung tidak pernah dilaksanakan dizaman Rasulullah saw dan barangsiapa yang melakukannya dianggap sebagai telah melakukan perkara bid’ah dan termasuk kedalam golongan yang sesat serta dihumbankan ke dalam api neraka Allab swt.
Senang sungguh manusia jenis ini menjatuhkan hukuman terhadap orang lain hanya kerana tidak sehaluan dengan gerakan dan manhaj yang dibawa oleh mereka.
Apakah dengan hanya penulis memenuhi jemputan ceramah dari sesebuah komuniti masyarakat yang dahagakan ilmu dan cerita-cerita berkaitan sejarah kemulian dan keagungan Rasulullah saw dianggap sebagai bid’ah yang bertentangan dengan kehendak Islam.???
kalau itulah pegangan mereka , maka setiap kali ada jemputan ceramah , penulis kena bertanya dahulu dengan penganjur , adakah ceramah tersebut ceramah yang bertemakan kepada sesuatu hari kebesaran Islam atau tidak??..seperti , Israk Mi’raj , maulidur rasul , ma’al Hijrah , Nuzul Al-Quran , Awal Ramadhan dan sebagainya.Kalau ‘Ya’ jawapannya , maka penulis kena tolak mentah2 jemputan tersebut , walaupun ianya menyalahi uslub atau konsep dakwah yang sebenarnya…Maklumlah, nanti dikatakan SESAT dan Pengamal BID’AH…..
Itu belum lagi soal mengatakan haram dan bid’ahnya membaca Yasin malam jumaat secara total….Apa yang mengecewakan penulis ialah , golongan ‘pelampau’ ini sanggup dan tergamak serta tanpa rasa malu mengatakan dengan lantang , sesiapa yang membaca yasin pada malam jumaat atau melakukan apa sahaja perkara yang tidak dilakukan dizaman Rasulullah saw sebagai SESAT DAN HARAM.Mereka juga mendakwa dengan bangganya , golongan tersebut akan masuk neraka atas kesesatan yang dilakukan…Astaghfirullahal Aziiim….Allahu Akbar.
Cuma satu je penulis nak tanya kepada mereka ni….sudah tentu ada antara golongan pelampau tersebutyang mempunyai ayah ibu dan datuk nenek yang mana mereka juga pernah mengamalkan membaca Yasin malam jumaat atau menghadiri ceramah Maulidur Rasul semasa hayat mereka…Tergamak kah anda semua mengatakan BAPA-BAPA DAN IBU-IBU SERTA DATUK-DATUK DAN NENEK-NENEK ANDA SEMUA SEBAGAI ORANG YANG SESAT DAN HARAM SERTA AKAN MASUK NERAKA DISEBABKAN PERBUATAN MEREKA???….Cuba kata pada mereka , sekiranya mereka masih hidup ,“Ayah ni sesat dan akan masuk neraka kalau ayah baca yasin malam jumaat”…Cuba la kata macam tu. ….Sampai hati tak??…tergamak kah??….Kalau tak sampai hati dan tak tergamak untuk buat begitu , kenapa kita sesedap mulut kita mengatakan orang lain tu sesat dan masuk neraka???….Apa perasaan anak2 mereka apabila mendengar kenyataan berbisa anda semua??…
Ingatlah wahai Para pendakwah sekalian….Tugas anda adalah mulia dan akan sentiasa mendapat rahmat dari Allah swt….
Ingatlah wahai saudaraku sekalian…. jangan cemari kemulian dan kehormatan anda semua dengan percakapan dan perkataan yang bole mengguris hati dan perasaan masyarakat , lebih-lebih lagi golongan tua yang sememangnya memerlukan perhatian dari anda semua…
Ingatlah wahai para pembawa panji-panji Islam….Tugas anda ialah MEMPERBETULKAN ATAU MEMURNIKAN AMALAN YANG BERTENTANGAN DENGAN AJARAN RASULULLAH SAW , BUKAN MENGHUKUM AMALAN2 YANG LEPAS……Serahkanlah perkara yang lepas itu kepada Allah swt untuk menerima atau menolaknya…Bukan kita yang menghukum mendahului rahmat Allah swt… Sebab kita semua akan masuk syurga Allah swt dengan Rahmat-Nya , bukan dengan amalan kita secara totalnya….
Sekian , WA.
Salam a’laikum Ustaz. Rasanya isunya bukan sambutan maulid adalah bid’ah atau tidak. Ia disepakati hatta oleh penyambut bid’ah. Sejarah dan nukilan2 dari ulama seperti Ibn Hajar,Ibn Taimiah dan Ibn Katsir jelas menunjukkan asal-usul bid’ah ini.
Tetapi yg Ustaz jadikan isu adalah mereka yg menuduh bahawa pelakunya adalah
1) ahli bid’ah
2) sesat masuk dlm neraka
3) Ustaz juga termasuk dlm golongan diatas kerana turut serta dlm majlis bid’ah
Rasanya Ustaz tentu maklum bahawa menghukum secara umum seorang itu sesat jika melakukan bid’ah adalah hukum dari Nabi sendiri. Harap dijelaskan bagaimana ia dikira melampau.
Adapun hukum masuk neraka, yg benarnya wallahu a’lam maksud mereka adalah ‘ diancam ‘ masuk neraka, dan ini juga ancaman dari Nabi. Namun kita tidak bersetuju utk menyesatkan dan menyaksikan bahawa fulan dan fulan yg lakukan bid’ah tertentu adalah ahli neraka. Balasan mereka diakhirat adalah urusan Allah. Kemungkinan mereka jahil atau ada uzur2 lain hingga terselamat dari ancaman tersebut.
Dari sudut inilah kesilapan berlaku, dan seperti Ustaz katakan, kita juga enggan sampai mengguris hati sahabat2 yg ingin memurnikan Islam dari bid’ah. Jika mereka tersilap dlm kata2 dan fahaman mereka, sebagai panji Islam Ustaz juga seharusnya membetulkan kesalahan dgn hikmah.
Kritikan mereka ttg Ustaz yg turut serta dlm majlis bid’ah semata2 kerana fahaman mereka bahawa tidak boleh musyarakah yg menunjukkan redha pada kemunkaran. Lainlah Ustaz datang dan terangkan kemunkarannya. Kehadiran Ustaz akan mengekalkannya bahkan menjadi hujjah bahawa ia adalah majlis yg tiada apa2 salahnya.
Inilah yg mereka pelajari dari ulama2 mukatabar juga. Premis mereka adalah semua bid’ah adalah dholalah. Tiada bid’ah hasanah. Sambutan Maulid adalah keagamaan, dan ia bid’ah haqiqiyah bukan idofiyah seperti baca nawaitu sebelum solat, baca Yasin malam Jumaat. Nas2 mencela bid’ah menghujani bid’ah jenis ini secara awlawi berbanding bid’ah idofiyah.
Jika inilah sandaran mereka, apakah wajar dikutuk sahabat2 kita ini sebagai melampau, lalu diilzamkan lawazim yg tidak munasabah seperti tabdee’ dan tadhleel mu’ayyan. Mereka juga boleh ilzamkan kata2 Ustaz sebagai tidak menghormati ulama2 yg lebih layak dihormati kata2 mereka dlm agama dari nenek moyang seseorang.
Jika pada Ustaz sambutan maulid bukan bid’ah tetapi di bid’ahkan, alangkah baiknya dibincangkan hujjah2nya satu persatu dgn tenang semoga ilmunya dapat dimanfaatkan.
wassalam
betol tu….
kalau lebih2 memang la salah….
ala kadar la…
satu lagi….
kalau diadakan..ramai orang
tahu hari kelahiran nabi….